Monday, February 6, 2017

Program Jom Ke Sekolah



Sk Kubang Kerian 2 – Tanggal 5 Feb 2017 “Program Jom ke Sekolah “ telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan seawal jam 7.45 pagi dengan perhimpunan murid-murid dan guru-guru di tapak perhimpunan.Semua murid dan guru berkumpul di dewan terbuka bagi menyambut ketibaan tetamu jemputann,iaitu Naib YDP Saudara Dr Imran B Ahmad .Tuan guru besar telah menyambut ketibaan pegawai “Polis Penghubung Sekolah”,Yang Setia Saudara Ahmad b.Abdul Aziz .Diikuti dengan nayanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan,dan lagu sekolah.Murid-murid membaca ikrar diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz nahran B Mamat.Seterusnya pegawai polis En Ahmad b.Abdul Aziz telah menyampaiikan ucapannya sempena pembukaan majlis,diikuti oleh Tuan Guru Besar Encik Ismail B Ibrahim membaca   perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia..

            Acara gilang-gemilang yang merupakan gimik program adalah mmencucuk belon dan melepaskan tembakan yang mengekuarkan juraian butiran kertas dan butiran peada yang berwarnna-warna menambahkan keceriaan majlis.Kotak aduan murid telah diperkenalkan bagi membolehkan murid-murid membuat aduan tentang ketidakpuasann hati mengenai apa-apa yang berlaku di sekolah.Sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid,boleh dikemukakan dengan cara memasukkan aduan ke dalam peti khas ini.Acara penyampaian kad Hari Lahir kepada guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari telah dilaksanakan di mana murid-murid dan guru-guru terasa amat teruja kerana mereka tidak menyangka hari lahir mereka telah diraikan.Seterusnya murid-murid telah bersalam-salaman dengan guru-guru mengikut kelas secara berbaris sebelum masuk ke kelas masing-masing.Adalah diharapkan agar program-program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...