November 2016

Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 17/11/16 Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan UPSR telah berjalan sebagaimana yang dirancang.Tepat jam 11.30 pagi pihak pengurusan Kecemerlangan Akademik Skkk2 yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz B Haron selaku PKP bersama SUP Cik Mazarina Ismail,SUP Dalaman,Puan Nor Diyana Suhaili Bt Ghazali @Ali dan jawatankuasa kecemerlangan Akademik serta guru-guru Tahun 6 telah menyampaikan slip UPSR kepada seramai 133 orang.Seramai 4 orang telah memperolihi 6A,5A - 3 orang,4A-9 orang.Tahniah diucapkan kepada calon yang memperolihi keputusan yang cemerlang.







Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 November 2016 Sambutan Hari kanak-kanak Sedunia telah dilaksanakan dengan jayanya di Skkk2.Sambutan diadakan secara sederhana namun tetap meriah ditambah lagi dengan kehadiran badut yang sedia menghiburkan kanak-kanak di sini.Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan badut dan mengambil bahagian dalam acara pentas.








Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 9 hingga 11 November 2016 satu Perkhemahan badan Uniform Sk Kubang Kerian 2 telah diadakan di padang sekolah.Para peserta terdiri daripada ahli-ahli dari Persatuan Pengakap,Persatuan Bulan Sabit Merah,Persatuan Puteri Islam,Persatuan Kadet Remaja Sekolah.Seramai lebih kurang 120 orang peserta yang menjayakan kem ini.Pendaftaran bermula jam 2.30 petang pada hari Rabu dan berakhir pada jam 12.00 tgh hari pada hari Jumaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.