January 2016

Sk.Kubang Kerian 2-Seramai dua orang guru pelatih dari IPG Kota Bharu telah dihantar untuk menjalani praktikum di sini.Tahniah dan selamat datang kepafa ke dua-dua orang guru pelatih ini.Semoga adik-adik dapat memberi komitmen dan kerjasama kepada pihak sekolah bagi membimbing anak-anak didik di sini di samping menimba kemahiran dan perkongsian ilmu di sini.Jika ada sebarang masalah dalam menjalani sesi praktikum di sini,janganlah malu atau segan untuk sama-sama berkongsi dengan kami semua.

Sk.Kubang Kerian 2-Minggu pertama dan ke dua persekolahan merupakan mesyuarat-mesyuarat bagi pantia-panitia mata pelajaran seperti Panitia Bahasa Melayu,Panitia Bahasa Inggeris,Panitia Sains,Matematik,Agama Islam,Pen Seni,Pen.Muzik,Pen PJK,Sejarah dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada ketua-ketua panitia kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat bagi pengurusan dan pentadbiran mata pelajaran di bawah mereka.Semoga para huru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik,berkesan dan cemerlang.Teruskan usaha murni untuk mendidik anak-anak bangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.