Friday, October 9, 2015

Sambutan Hari Kecergasan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 10 Oktober 2015 Sambutan Hari Kecergasan telah dilaksanakan dengan begitu meriah sekali.Ianya merupakan aktiviti unit kokurikulum yang diadakan saban tahun.Aktiviti pada hari ini mendapat kerjasama daripada Pasukan Komuniti Kelab Rukun Tetangga  Taman makmur,dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara.
     Dimulakan seawal pagi dengan pendaftaran para peserta,majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman Mat Zin.Tuan Guru Besar Skkk2 mengambil kesempatan untuk merasmikan majlis di samping mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian.jam 8.30 pagi acara senamrobik dan kecergasan diteruskan di bawah pimpinan instruktur En.Mohd Arrif B Mohd Din dari Jabatan Kesihatan.Murid-murid ,guru-guru serta Pasukan Komuniti Kelab Rukun Tetangga  Taman Makmur,dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara telah sama-sama mengambil bahagian dalam acara senamrobik ini.Jam 9.45 pagi,Pasukan Komuniti Kelab Rukun Tetangga  Taman Makmur telah memulakan acara kayuhan basikal sekitar Kubang Kerian dan Kota Bharu.Para murid pula memulakan acara merentas desa mengikut Tahun pada jam 10.30 pagi.Penyampaian hadiah bagi para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar,Pk Kokurikulum dan PK HEM Skkk2.Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Kokurikulum di bawah pimpinan Puan Norazlina Bt Abdullah di atas kejayaan penganjuran ini..Semoga aktiviti-aktiviti sebegini diteruskan lagi pada masa-masa akan datang."Satu Murid Satu Sukan ".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...