Monday, January 19, 2015

Majlis Sambutan Maulidurrasul

Sk Kubang Kerian 2-Majlis sambutan Maulidurrasul telah berlangsung dalam suasana yang sederhana,namun meriah.Dimulakan dengan selawat ke atas nabi di tapak perhimpunan,diikuti dengan perarakan maulud di sekitar sekolah dan Taman Perumahan Makmur.Meskipun hujan renyai-nyerai membasahi bumi,namun perarakan diteruskan juga.
    Jam 10.45 pagi pula majlis diteruskan dengan ceramah maulidurrasul oleh Ustaz Ahmad Fikri B Mat Wi.Sementara murid-murid tahap satu pula mengisi slot dengan aktiviti mewarna poster maulud.
Di bahagian dapur pula,para jawatankuasa masakan sedang menyiapkan juadah jamuan makan ima kasih tengah hari ,nasi dan gulai kawah.Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan maulidurrasul pada tahun ini.Semoga sambutan-sambutan sebegini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun mendatang."SALAM MAULIDURRASUL DARI WARGA SKKK2 BUAT ANDA SEMUA"
Siap sedia untuk memulakan sesi selawat ke atas nabi...
selawat beramai-ramai







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...