Tuesday, September 30, 2014

Majlis Sambutan Pk Ko Baru












Sk Kubang Kerian 2 _ Tanggal 1 Oktober 2014  majlis sambutan Pk Ko Kurikulum baru telah diadakan dalam suasana yang sederhana namun meriah. Puan Norazlina Bt Abdullah merupakan guru dari Sk Kok Lanas.Beliau berpindah ke sini atas sebab naik pangkat.Sekalung tahniah kami ucapkan kepada Puan PK Ko di atas kenaikan pangkat beliau.Moga-moga Puan Norazlina selesa berada di Skkk2 dan sanggup bekerjasama dalam satu pasukan dengan kami di sini.

Terimalah untaian pantun dari kami :
sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari pulau mutiara,
pemanis kata selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara. 


Orang ke laut menjala udang, 
petang hari pasang pelita, 
yang di tunggulah sudahpun datang, 
yang dinanti sudahpun tiba. 

Batu kecubung warna ungu 
ditatah berlian batu bermutu 
kebiasaan melayu menyongsong tamu 
hamparkan tikar lebarkan pintu 


Jalan malam menggunakan suluh,
berkunjung sebentar dirumah teliti mamat,
angkatkan tangan jari sepuluh, 
doa minta agar selamat........

Sayonara PK Kokurikulum Skkk2

  • Sk Kubang Kerian 2..Tanggal 1 Oktober 2014..satu majlis perpisahan tlh diadakan sempena pertukaran Pk ko Pn Hjh Rusnani bt Deris ke Sk Dato Hashim 2.Selamat bertugas di sekolah baru kami semua ucapkan.Salam perpisahan kami hulurkan.Moga Puan Rusnani berbahagia di sekolah baru dan jangan lupa kami semua...
Terimalah pantun dari kami untuk PK Ko yang kami sayangi....
  • Bunga kemboja putih berseri,
    putihnya melur diujung dahan ,
    atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi ,
    puji syukur serta terimakasih kami ucapkan. 

    Bila menjemur papan panjang,
    baik disusun tegak berdiri,
    bila lah ada umur panjang,
    insya allah kita kan bersua lagi. 









Pengisian SPS e hadir




Tuesday, September 9, 2014

Lapor Diri PK KO Baru

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 10 September 2014 Pk Ko Kurikulum yang baharu telah melapor diri di Skkk2.
Pn. Norazlina binti Abdullah ,PK.Kokurikulum baru telah lapor diri pada hari ini 10 Sept. Menggantikan Pn.Hjh.Rosnani yg bertukar ke SK
 Dato Hashim 2 mulai 1.9.2014
Selamat dtg PK KO yang baru dan selamat bertugas di sekolah baru kpd PK ko lama,Pn Hjh Rosnani bt Deris.

UPSR 2014 Hari Pertama

Sk Kubang Kerian 2-Seramai 155 orang calon UPSR telah menduduki ujian pada hari pertama ini.








Penyampaian Hadiah Naib Johan Animation Digital Story Telling

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 08 September 2014,Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan di peringkat sekolah kepada para pemenang Animation Digital Story Telling yang telah diadakan di BTPN  pada 02 September 2014 baru-baru ini.Pasukan Animation Digital Story Telling Skkk2 telah memenangi katogeri naib johan peringkat negeri Kelantan di dalam pertandingan itu.Pertandingan ini adalah anjuran bersama bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan (BTPN) dan ( MDEC ).Mereka adalah Adik Awwab Mursyid b Hussin,Adik Ahmad Izdihar Haiqal B Mohd Nasir dan Adib Izzat.Mereka telah dianugerahkan dengan sijil penghargaan,pendrive 16 GB berlogo MDEC,power bank 15000 w,dan buku nota.Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan juga jurulatih sekolah En.Mohd Nur Misuari Ramli,En Azharan B Hussein dan Puan Wan Ramlah Bt Daud.Semoga kejayaan seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.




Sambutan Merdeka






Wednesday, September 3, 2014

Majlis Restu Ilmu Guru

Sk Kubang Kerian 2_Tanggal 4 Sept 2014 Majlis Restu Ilmu telah berjaya dilaksanakan dalam suasana yang sederhana namun meriah,sebagaimana yang dirancang.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman b Mohd Zin,diikuti dengan ucapan tuan Guru Besar Skkk2,wakil-wakil guru daripada panitia Bahasa Melayu.Matematik,Sains dan Bahasa Inggeris.Panitia Bahasa Melayu diwakili oleh Pn Norhayati btMohd Nawi,Matematik diwakili oleh En Roslan Majid,Panitia Sains diwakili oleh Pn Che Faridah dan setrusnya Panitia Bahasa Inggeris diwakili oleh Pn Johaini Bt Tahir.
  Murid-murid kemudiannya bersalam-salaman dengan guru-guru Skkk2.Semoga semua murid akan mendapatkejayaan yang cemerlang di dalam UPSR nanti






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...