October 2014

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 19 Oktober 2014,majlis penyampaian hadiah bagi pemenang "Merentas Desa" telah diadakan di tapak perhimpunan Skkk2.Program merentas des ini telah diadakan pada 27 September 2014 baru-baru ini.Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Unit Kokorikulum di atas kejayaan ini."Majulah Sukan Untuk Negara".









Puan PK Ko sedang menyampaikan hadiah kepada para pemenang...

Terima kasih....

Penyampaian hadiah oleh PK HEM Skkk2,En Abdul Aziz b Harun

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 7 Oktober 2014 satu ceramah AIDS telah diadakan oleh Unit HEM Skkk2.Ianya diketuai oleh PK HEM,Ustaz Abdul Aziz b Harun.Penceramah jemputan pula adalah pegawai kesiahatan Kubang Kerian.ianya telah berjalan dengan jayanya sebagaimana yang dirancang.tahniah diucapkan kepada Unit HEM Skkk2.
sedang asyik mendengar ceramah...




Sk Kubang Kerian 2 -Tanggal 07 Oktober 2014 - Skkk2 telah menerima seorang guru cemerlang matematik. Beliau ialah Puan Nor Diyana Suhaili Bt Ali @ Ghazali.
Terimalah bait-bait pantun dari kami :

Sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari pulau mutiara, 
pemanis kata selamat datang, 
awal bismillah pembuka bicara.

Orang ke laut menjala udang, 
petang hari pasang pelita, 
yang di tunggulah sudahpun datang, 
yang dinanti sudahpun tiba. 

Batu kecubung warna ungu,
ditatah berlian batu bermutu,
kebiasaan melayu menyongsong tamu,
hamparkan tikar lebarkan pintu.

Jalan malam menggunakan suluh, 
berkunjung sebentar dirumah teliti mamat, 
angkatkan tangan jari sepuluh, 
doa minta agar selamat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.