June 2014

Sk Kubang Kerian 2-Perkongsian Pintar antara Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan dengan pihak Oracale Academy yang berpusat di India telah menagadakan satu kursus pendek selama tiga hari mulai 23 hingga 25 Jun 2014 di BTPN Kelantan.Sk Kubang Kerian 2 telah tererpilih untuk menyertainya.Ianya telah diwakili oleh Guru Penyelaras Bestari ,Puan Wan Ramlah Bt Daud.Perisian yang digunakan adalah Alice"Getting Started With Java  Using " menyediakan wadah pengajaran dan pembelajaran maya kepada para guru dan murid.Ianya dikendalikan oleh jurulatih dari negeri India.
   Perisian ini  merupakan perisian animasi 3D yang bakal dipelajari dan diaplikasikan oleh guru dalam sesi P&P di sekolah.Sudah banyak negara yang menggunapakai software in termasuklah New Zealand,India,Sri Langka,Indonesia dan Singapura.Kesemuanya seawal sekolah rendah sudah mula menggunakan software Alice ini.Miss Geetanjali telah mengendalikan kurusus yang berjalan selama tiga hari ini di bawah kelolaan Unit ICT Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan.
Proses pembikinan animasi 3D menggunakan Software Alice..

proses pembikinan...
Sesi brgambar kenangan para peserta bersama Miss Geetanjali...


Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 21 Jun 2014 satu majlis bagi meraikan kedatangan dua orang guru baharu telah diadakan serentak dengan majlis perpisahan kaunselor Skkk2,En Mohd Zaini B Zakaria.Di dalam majlis itu,En Mohd Zaini telah memberi ucapan terakhir kepada rakan-rakan guru dan para pentadbir sebelum beliau memulakan tugas di sekolah baharunya,Sk Pak Badol,Bachok,Kelantan.En Mohd Ariffin selaku Penolong Kanan Pentadbiran telah mewakili pihak sekolah telah memberikan sepatah dua ucapan sebagai ucapan terima kasih kepada En Mohd Zaini yang telah menabur bakti di sini selama lebih sepuluh  tahun.Semoga En Mohd Zaini selesa bertugas di sana dan jagan lupa kami semua.Sebagai mewakili para guru dan pentadbir,En Mohd Ariffin juga memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan dan kesilapan yang pernah kami lakukan terhadap beliau.Di sini kami untaikan sebuah pantun buat Cikgu Mohd Zaini :

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi....

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 22 Jun 2014,seorang lagi guru baru telah diperkenalkan kepada murid Skkk2.Beliau adalah Pn Rosmaiza.Beliau telah melapor diri di Skkk2 pada 19 Jun 2014.Pn Rosmaiza merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling yang menggantikan tempat kaunselor Skkk2,En Mohd Zaini B Zakaria yang memohon bertukar ke Sk.Pak Badol,Peringat.Seorang lagi  guru yang melapor diri pada awal tahun ini ialah Pn Nor Aida.Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.Selamat bertugas diucapkan kepada ke dua orang guru baru ini.Semoga seklesa berada di Skkk2 dan gembira menjadi warga Skkk2.
Buat dua orang guru baharu ini,terimalah pantun dari admin :

Pantun kawan cari kawan,
pantun berlawan dapat tawan,
hati-hati bila berkawan,
jangan sampai jadi lawan.


Masuk hutan disengat tebuan,
Sakit terasa seluruh badan,
Banyaklah bersabar kerenah teman,
Soal hati banyak dugaan.


cantik sungguh si rama-rama,
hinggap di atas pohon jati,
suka dan duka ditempuh bersama,
itulah dia sahabat sejati.


suka dan duka ditempuh bersama,
itulah dia sahabat sejati,
ibarat sumbang lagu dan irama,
jika kendur ikatan di hati.

ibarat sumbang lagu dan irama,
jika kendur ikatan di hati,
hubungan sahabat tentunya lama,
selagi ikhlas didalam hati.

jangan disimpan dalam peti,
tapi simpan atas para,
jujur dan ikhlas dalam hati,
barulah persahabatan kekal selamanya.....

Puan Rosmaiza dan Puan Nor Haida
Puan Rosmaiza sewaktu sesi memperkenalkan diri

Pos istimewa dari guru-guru baru Skkk2

Sk Kubang 2- Tanggal 18 dan 19 jun 2014,Sk Kubang Kerian 2 telah melaksanakan sukan tahunan dengan jayanya dalam keadaan yang meriah.Dimulakan pada pagi 18 Jun dengan nyanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan ,lafaz ikrar,bacaan doa,kemudian diikuti dengan ucapan Guru Besar Skkk2,Puan PK Ko
    Acara padang dimulakan dengan larian 50m dan 4x50m pra,junjung pundi kacang,atur dan pungut bola,lari bawa bola hoki,lari dalam guni,atur dan pungut bola,isi air dalam botol,lari bawa bola ping-pong.Acara lompat tinggi,lompat jauh dan lontar peluru juga turut dipertandingkan pada hari pertama.latihan perbarisan juga turut diadakan.
     Hari ke dua pula dimulakan dengan semua murid dan peserta berkumpul di khemah pasukan masing-masing.Acara perbarisan mengambil tempat bagi setelah ketibaan dif-dif kehormat.Acara-acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah 50m,100m,4x50,rakit darat,200m,4x100,tarik tali.Acara ibubapa dan guru juga turut dipertandingkan.Acara tersebut ialah bowling padang,gelek tayar dan bawa bola dengan kayu hoki.majlis perasmian penutup telah disempurkan oleh En.Nik Raisnan B Hj Daud.
Bawa bola dalam sudu

Tarikkkkkkkkk
lawan...tarik...tarikkkk
pungut bola....

bawa bola dengan kayu hoki...

lari dlm guni...

pengacara sukan,siaraya dan jurufoto...
terima kasih daun keladi....
hadiah drp Puan PK ko...

guru penasihat.....
Model sukan guru...


Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 15 Jun 2014 merupakan detik-detik Skkk2 kehilangan seorang kaunselor,En.Mohd Zaini b Zakaria.Beliau akan berpindah ke Sk.Pak Badol,Melor atas permohonan beliau sendiri.Tahniah diucapkan kepada En . Mohd Zaini di atas kejayaan ini.Seluruh warga Skkk2 merasakan kehilangan beliau.Semoga Cikgu Mohd Zaini gembira dan bahagia di sana.Jangan lupa kami semua...
Ucapan terakhir En Mohd Zaini di perhimpunan sebelum meninggalkan warga Skkk2

Sempat memberi mandat terakhir kepada murid-murid di perhimpunan terakhir Kaunselor Skkk2
Sebuah pantun buat Cikgu Mohd Zaini Zakaria :

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.