Saturday, May 10, 2014

Majlis Penyampaian Zakat

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 11 Mei 2014 Unit HEM Skkk2 telah menyempurnakan majlis Penyampaian Zakat yang berupa basikal kepada pelajar miskin.Sumbangan ini telah diberikan oleh bekas guru Skkk2 yang telah bersara dan tidak mahu namanya disebut.Puan Pk HEM,Pn Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty juga telah berkenan menyumbang 2 buah basikal kepada para pelajar yang layak Sebanyak 19 buah basikal diberikan kepada murid-murid dari satu hingga tahun enam yang layak menerima zakat.Penyampaian hadiah dan sumbangan ini disempurnakan oleh PKP En Mohd Ariffin B Yaacob dan PK HEM,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty.Murid-murid yang menerima sumbangan ini begitu teruja dan melahirkan rasa gembira dan terharu dengan pemberian dan sumbangan ini.Semoga dengan pemberian ini,bebanan yang mereka tanggung selama ini akan sedikit sebanyak dapat diringankan.Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada penyumbang yang berhati mulia.semoga rezeki anda diperluaskan lagi oleh Allah Azzawajalla.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...