Saturday, March 8, 2014

Mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah Kecemerlangan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 8 March 2014,Mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah Kecemerlangan telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah dengan kehadiran para murid-murid cemerlang UPSR 2013,para ibubapa,guru-guru dan juga para jemputan khas.
       Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohd Azman B Mohamad Zin,diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar,seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN,Tn Hj Abdul Aziz B Abdullah. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 25 kali ini mula bermesyuarat pada jam 9.00 pagi dengan mengetengahkan isu-isu hangat mengenai prasarana sekolah dan perancangan sekolah ke arah peningkatan akademik dan pencapaian pelajar bagi sesi persekolahan 2014 ini.Besarlah harapan pengerusi PIBG dan Tuan Guru Besar agar para ibubapa dan juga guru sering berganding bahu ke arah meningkatkan pencapaian murid di dalam UPSR dan peperiksaan dalaman.
     Majlis seterusnya diikuti denagan sesi dialog antara para ibubapa dan guru mengenai perkembangan dan peningkatan anak-anak dalam pelajaran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...