February 2014

Sk Kubang Kerian 2 -Pasukan bola sepak sklh telah mendapat tempat ke tiga dalam perlawanan merebut juara peringkat QIT Peringat.Perlawanan ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Perol, Kota Bharu
 Kelantan. Tahniah diucapkan kepada para pemain serta jurulatihnya En Norasmadi B Mohd Zawi dan pengurus pasukannya En. Asroal B Zakaria.
Bersama jurulatih pasukan dan pengurus pasukan.

Bergambar kenangan sejurus selepas kemenangan

gembira....

pingat-pingat yang dimenangi dan diperolihi



Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 15 Feb 2014 Program Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 kali Pertama telah dilaksanakan dalam suasana yang meriah dengan sambutan yang begitu baik daripada para ibubapa.Majlis dimulakan dengan doa pembuka oleh Ustaz Mohd Azman B Mohd Zin,diikuti dengan ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar.Tuan Guru Besar mengucapkan terima ksih kepada semua ibubapa dan bakal calon UPSR tahun yang seramai 155 orang.Kira-kira 95% ibubapa hadir bagi menjayakan majlis ini.
         Wakil PPd En Zaidi B Abdullah telah memberikan ucapan ,sekaligus merakamkan ucapan tyerima kasih kepada para ibubapa yang sudi hadir bagi menjayakan majlis pada hari ini.Beliau juga merupakan bapa angkat bagi Sk Kubang Kerian 2 dalam kecemerlangan akademik ini.Beliau berjanji akan turut sama turun padang bagi membantu para guru daqn ibubapa bagi merealisasikan target sekolah yang ingin meningkatkan prestasi dalam UPSR.target tahun ini adalah 63 orang akan memperolihi 5A.
        Sesi dialog diadakan seperti biasa di mana para ibubapa diminta memberi pandangan dan saranan ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian dan peningkatan murid di dalam bidang akademik dan seterusnya bakal meningkatkan lagi tahap kecemerlangan UPSR yang targetnya 63 orang 5A.Semoga impian ini akan dapat direalisaasikan dengan kerjasama daripada semua.
        Di akhir sesi slot motivasi telah mengambil tempat dengan menampilkan penceramah yang tidak asing lagi Dr Wan Rozek B Wan Salleh dari Syarikat Motivasi Umi.banyak input yang diperolihi daripada ceramah motivasi yang telah diberikan oleh Dr Wan Rozek.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program anjuran Unit Kecemerlangan UPSR bersama Unit Bimbingan Kasunseling SKKK2.Semoga kajayaan cemerlang bakal kita gapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada pelbagai pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.