January 2014

Sk Kubang Kerian2-Tanggal 29 Januari 2014,satu majlis Bantuan Awal Persekolahan Murid telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj Mohamad b Hj Abdul Ghani,Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian di Dewan Harmoni Skkk2.Tujuan utama bantuan ini adalah bagi membantu meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak di awal musim persekolahan ini.Semoga bantuan yang disampaikan in akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh ibubapa.Terima kasih diucapkan di atas  keperihatinan para pemimpin yang sudi menghulurkan bantuan buat seluruh warga di Skkk2 khususnya dan Malaysia amnya.
pendaftaran ibubapa....

Puan Roshaimah dan Mohd Nur Misuari sebagai pengacara majlis....

Ucaptama Tuan Guru Besar,En Ismail B Ibrahim

Doa pembuka majlis oleh Ustaz Mohd Azman M Zin

para ibubapa yang hadir

YB Tn Hj Mohamad Hj Abdul Ghani bersama barisan pentadbir sekolah....

Penyampaian bantuan awal persekolahan sedlangsungang ber

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 27 Januari,Majlis Sambutan maulidurrasul peringkat Sekolah telah dilaksanakan dlalam suasana yang cukup meriah dan ceria.Murid-murid berpakaian penuh warna-warni membanjiri perkarangan dataran perhimpunan bagi memulakan upacara sambutan.
      Majlis dimulakan dengan berhimpun di dataran perhimpunan,diikuti dengan raptai perarakan ucapan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Murid-murid beselawat bersama para guru bermula dari sekolah mengelilingi  kawasan perumahan Taman Makmur.Alunan selawat yang cukup menggamit rasa ini dapat meningkatkan lagi rasa cinta terhadap baginda Rasulullah SAW.
      Bagi guru-guru yang tidak menyertai perarakan selawat,mereka sibuk di dapur,menyiang daging,mengupas bawang dan seterusnya menyediakan juadah bagi jamuan tengah hari untuk disajikan kepada seluruh warga Skkk2 tengah hari nanti.
     Di dalam dewan pula,murid-murid dan guru-guru disajikan dengan ceramah khas maulud bagi menyuburkann kembali rasa cinta kasih terhadap baginda SAW.Cramah ini disampaikan oleh Ustaz Shaharan.






Sk Kubang Kerian 2 - Tanggal 26 Januari 2014,satu majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah disempurnakan dengan jayanya di Dewan harmoni Skkk2.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman Mohd Zain,diikuti dengan ucaopan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar,kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh En Kamarulzaman B Dollah,penolong Pengarah Unit Anti Dadah,Pendidikan Daerah Kota Bharu.Dalam ucapannya,En Kamarulzaman menyampaikan pesanan kepada pemimpin muda yang bakal dilantik sebentar nanti agar menjaga dan memelihara disiplin diri,sekolah dan seterusnya muncul sebagai murid contoh kepada murid-murid lain.
        Pemimpin yang menerima watikah pelantikan pada hari ini terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Briged Bestari/ICT,Pembimbing Rakan Sebaya,dan ketua dan Penolong Ketua Darjah.Dengan penerimaan  sijil atau watikah pelantikan ini,maka secara rasmi mereka telah diiktiraf sebagi pemimpin muda sekolah.Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemimpin kecil ini.Semoga anda semua dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedekasi.












Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 5 Januari 2014 merupakan perhimpunan pertama bagi sesi 2014.Dipenuhi dengan wajah-wajah ceria anak-anak yang masih dengan semangat yang kental,sedia untuk memulakan sesi baru.Moga-moga ini merupakan landasan ke arah sesi pembelajaran seterusnya dan bagi  kecemerlangan akademik Skkk2.
Ucapan Tuan Guru Besar

Ucapan dan garis panduan disiplin dari guru disiplin,En Noor Asmadi B Mohd Zawi

Ikrar murid...


Guru Baru Skkk2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.