May 2013

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 Mei 2013,sambutan Hari Guru telah berjaya disambut dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan seawal pagi dengan semua murid dan guru berkumpul di Dewan Harmoni.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B Mohd Zin,diikuti dengan ucapan wakil murid.Seterusnya diikuti dengan ikrar guru oleh guru-guru Skkk2.Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema dikumandangkan dengan begitu bersemangat sekali.Murid-murid begitu teruja bila mendengar dan menyaksikan sendiri para guru menyanyikan lagu secara beramai-ramai.
      Majlis berhenti rehat pada jam 9.30 pagi dan disambung semula dengan persembahan nyanyian guru oleh Puan Norhayati Bt Mohd Nawi yang mendendangkan lagu "Terukir Di Bintang".Murid-murid dari Tahun 5 terbilang telah mendendangkan lagu "Terima Kasih Cikgu",diikuti dengan murid-murid Tahun 4,juga mendendangkan lagu "Terima Kasih Cikgu".Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian berkumpulan oleh Cikgu Norazimah,Cikgu Zulaidah dan Cikgu Norhayati.Cikgu Syafiq Aiman telah mendeklamasikan sebuah sajak  “GURU O GURU” – USMAN AWAN.Seterusnya Cikgu Syafiq Aiman telah mendendangkan lagu "Apo Kono Jang".Beliau telah berduet besama Cikgu Norhayati.Cikgu Mek Yas juga tidak melepaskan peluang untuk mendendangkan lagu.Beliau telah berduet bersama Cikgu Norhayati.Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa sambutan hari guru yang telah merancang dan menjayakan majlis pada hari ini.Terima kasih juga diucapkan kepada kru-kru yang bekerja di belakang tabir terutamanya Cikgu Azharan ( fotografi),Cikgu Aminudin dan Mohd Nur Misuari (siaraya),Cikgu Roshaimah Bt Deraman( juruacara)dan semua guru yang terlibat dalam sambutan hari guru pada tahun ini.





Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga guru amnya dan guru-guru Skkk2 khususnya.sempena Hari guru ini terimalah sebuah sajak khas buat para guru yang telah menaburkan jasa dan bakti.....Guru sejati adalah seorang murabbi,muallim,muaddib,mursyid dan mudarris.Oleh itu berbanggalah dengan guru-guru anda dan selamat menabur bakti buat guru-guru semua...

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 14 Mei 2013,sesi fotografi diteruskan lagi dengan Tahun 5.sebanyak lima kelas tahun 5 telah berjaya melakar wajah-wajah ceria mereka di lensa kamera kami.jurufoto yang bertugas pada hari ini adalah Encik Azharan B Hussein dan En.Nur Misuari B Ramli,dibantu oleh Puan Wan Ramlah Bt Daud.Sesi fotografi seterusnya akan diteruskan lagi  pada besok hari dengan Tahun 4.
Berikut adalah gambar-gambar yang berjaya dirakam pada hari ini :
Sesi mengatur kedudukan murid....

Ready semua !!!

Tahun 5 Cemerlang ...Guru kelas - Puan Zainun Bt Ismail

Tahun 5 Gemilang...Guru kelas - Pn Asliza Bt Hasan

Tahun 5 Harapan...Guru Kelas : Pn Nor'in Bt Yusoff

Tahun 5 Sinaran...Guru kelas : Pn Jawahir Bt Hasbullah

Tahun 5 Terbilang...Guru kelas : Pn Roshaimah Bt Deraman

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 13 Mei 2013,Sesi fotografi bagi tahun 2013 telah bermula pada hari ini.Dimulakan seawal jam 8.00 dengan Tahun 6 Terbilang,diikuti dengan 6 Gemilang,6 Cemerlang dan 6 Sinaran.Sesi fotografi ini diadakan bagi memenuhi KPI Pembestarian Unit ICT Skkk2  dan pendokumentasian sekolah.Sesi ini dijangka akan diadakan selama seminggu memandangkan hanya satu aliran sahaja akan bergambar dalam sehari.
Gambar-gambar untuk hari ini adalah seperti di bawah:




Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 5 Mei 2013,merupakan pusat mengundi bagi DUN Demit bagi pilihanraya ke-13.Suasana pada hari pembuangan undi sangat meriah sekali,bagaikan hari raya.
Salah satu saluran yang sempat dirakam oleh admin

Aksi pencalitan dakwat kekal yang sempat diskodeng.....

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 28 April 2013-Majlis penyampaian hadiah pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Panitia  Seni bersama Unit Hal Ehwal Murid yang diadakan pada 27 April 2013 telah disempurnakan di tapak perhimpunan Skkk2.Keptusan mewarna yang diadakan semalam diberi hadiah pada hari ini.Murid-murid yang berjaya telah diberi hadiah oleh Puan PK HEM ,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty dan PK KO Puan Hjh Rusnani Bt Deris.Setiap kelas diberikan hadiah kepada 3 orang pemenang,bermula dari tahun 1 hingga tahun 6.tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik,usha lagi bagi pertandingan-pertandingan akan datang.

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 27 April 2013,Program Hari Sekolah Penyayang Dan Jatidiri telah dilaksanakan dengan jayanya.Bermula seawal pagi dengan acara senamrobik oleh murid-murid dan guru-guru Skkk2,diikuti dengan gotong-royong membersihkan kelas dan kawasan sekitar sekolah,kemudian majlis berhenti rehat pada jam 9.45 pagi.
   Pada jam 10.15 pagi,murid-murid berhimpun di dalam dewan bagi menyempurnakan majlis jatidiri yang dikendalikan oleh kaunselor sekolah,Encik Mohd Zaini B Zakaria,.Seterusnya majlis diteruskan dengan  tayangan kebakaran oleh Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah Bt Daud bersama pembantunya En Azharan B Hussein dan juruteknik komputer,En Mohd Nur Misuari b Ramli,dikuti dengan peetandingan mewarna tahap satu dan dua,dikendalikan oleh Ketua Panitia Seni,Puan Hjh Junaidah Bt Ahmad .Majlis diselangi dengan tayangan kebakaran dan lagu-lagu membina sahsiah murid.Suasana majlis pada hari ini berjalan sebagaimana yang telah dirancangkan.Sekalung tahniah diucapkan kepada Unit Hal Ehwal Murid yang diketuai oleh Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty yang telah berjaya melaksanakan program sebagaimana yang telah dirancang.Di akhir sesi,para guru telah diberi taklimat kebakaran dan cara mencegah kebakaran di rumah dan di dalam kenderaan serta diperkenalkan dengan alatan pencegahan kebakaran oleh wakil syarikat dari Pengkalan Chepa yang mengedar peralatan kebakaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.