April 2013

Sk Kubang kerian 2-Tanggal 24 April 2013,Tuan Guru Besar bersama Unit ICT telah mengaanjurkan satu Latihan Perkhidmatan  di Dewan Restoran Lagenda bagi memenuhi insprasi negara atau Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah pembestarian sekolah.Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh pihak pengurusan Bestari,Kota Bharu Kelantan.Fokus utama dalam kursus ini adalah" Penggunaan Zoom-A dalam PdP dan Pentaksiran Sekolah (SPPBS) melalui wadah zoom-a".Semua guru di Skkk2 terlibat dalam kursus ini.Ianya dimulakan dari jam 2.00 tgh dengan jamuan makan tengah hari oleh pihak penganjur,diikuti dengan sesi taklimat oleh Encik Lim selaku pengurus syarikat  Bestari.Banyak input yang diperolihi daripada kursus ini.Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Bestari kerana telah membuka mata kami ke arah pembelajaran interaktif melalui internet dan juga pengisian SPPBS menggunakan server Zoom-a.Semoga input-input yang berguna ini dapat disalurkan lagi kepada kami di masa-masa akan datang.
Guru-guru Skkk2 sedang khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh En.Lim

Encik Lim dalam sesi ceramahnya....banyak input yang berguna....

PKP En Mohd Ariffin memberi perhatian yang penuh...

Ruang makan yang selesa....gambar diambil sewaktu jamuan makan sudah berakhir...



*Dimaklumkan bahawa SPPBS ditutup kepada semua pengguna atas sebab-sebab penyelenggaraan data oleh Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sehingga selesai kerja tersebut.
5 April 2013
*Memandangkan terdapat perubahan utama yang melibatkan Pengasingan Pelaporan (bagi beberapa Mata Pelajaran) maka Menu Cetakan Pelaporan SPPBS ditangguhkan sehingga dimaklumkan.
Sila Rujuk :
Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.