Friday, March 15, 2013

Mesyuarat Agung PIBG & Penyampaian Anugerah Kecemerlangan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 Mac 2013 Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 24 & Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2012 telah disempurnakan dalan suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Hj Mohd Yudin B Mamat,seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh yang Dipertua PIBG,En Nik Raisnan B Hj Daud.Majlis yang gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Yang BerbahagiaTn Hj.Mohd Ariffin B Othman ( Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Dun Demit) mewakili pihak  Datuk Hj Mohd Fauzi B Ismail,Pengerusi Pembangunan Parlimen Kubang Kerian.
      Selesai sahaja ucapan perasmian oleh YBRS Datuk,acara penyampaian hadiah kecemerlangan terus disempurnakan.Kesemua murid yang memperolihi 5A ( 40 orang)dan 4A( 19 orang) dalam peperiksaan UPSR 2012.Anugerah tokoh murid cemerlang juga turut diberikan.Tokoh Murid Cemerlang Lelaki diberikan kepada Adik Syamil Noor Azman,manakala Tokoh Murid Cemerlang Perempuan diberikan kepada Adik Damirah Azizah.Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya.semoga anda akan dapat melakarkan kejayaan hingga ke menara gading.Selesai sahaja penyampaian hadiah kecemerlangan ini,Tuan Guru Besar telah berbesar hati menyampaikan hadiah dan saguhati kepada YBG Datuk Hj Mohd Fauzi B Ismail,En Nik Raisnan B Hj Daud dan Tuan Hj Mohd Yudin B Mamat. Tepat jam 11.00 mesyuarat Agung PIBG kali ke 24 telah dilaksanakan.majlis berjalan dengan penuh kondusif tanpa ada unsur-unsur hangat.
        Jam 12.00 tengah hari semua hadirin dan murid-murid telah dihidangkan dengan juadah makan tengah hari yang disponsor oleh YDP PIBG, En Nik Raisnan B Hj Daud.Sebanyak 4 kawah gulai telah disediakan oleh pihak PIBG bagi meraikan kejayaan anak-anak didik Sk Kubang Kerian 2.Majlis seterusnya bersurai jam 1.15 tengah hari.
Tuan Guru Besar,En.Ismail b Ibrahim sedang memberi ucapan alu-aluan....

Hadiah 5A..Tahniah!!!
Hadiah 4A...Tahniah!!!
Hadiah tokoh murid  lelaki dan perempuan bagi sesi 2012
Tokoh Pelajar Lelaki Adik Syamil...Tahniah!!!
Tokoh Pelajar  perempuan...Adik Damirah Azizah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...