Monday, October 29, 2012

Kem Kepimpinan Dan Motivasi Pemimpin Muda

Sk.Kubang Kerian 2-Unit HEM bersama Unit Kaunseling Skkk2 telah mengadakan satu Kem Kepimpinan Pemimpin Muda yang disertai oleh 218 orang para pemimpin muda sekolah.Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah,Briged Bestari(ICT) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).Program ini berjalan dari 30-31 Oktober bersamaan hari Selasa dan Rabu.
     Hari pertama,majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta di awalnya paginya,diikuti dengan "House Keeping" oleh En.Mohd Zaini Zakaria(Kaunselor Skkk2),Taklimat Perjalanan Kem oleh Tuan Hj.Alisa B Ismail,Ceramah Disiplin Diri dan Tanggungjawab sebagai Pemimpin oleh Encik Omar B Sharifuddin ( SMK Kubang Kerian 2,Kota Bharu Kelantan.Majlis berhenti rehat tepat jam 12.30 tengah hari  hingga 2.00 petang untuk memberi laluan kepada para peserta makan,minum dan solat berjemaah.Program diteruskan jam 2.00 petang dengan slot LDK dan Permainan Kepimpinan bersama fasilitator.majlis ditangguhkan jam 6.00 petang.
     Tentatif pada 31 Oktober 2012 pula dimulakan dengan para peserta berkumpul di Dewan harmoni bersama guru kaunselor Skkk2,En Mohd Zaini,diikuti dengan sesi LDK2.Jam 10.30 ceramah dan perasmian penutup oleh En Yaman B Yacob,Penyelia Kanan HEM,PPD Kota Bahru.Majlis berhenti rehat pada jam 12.00 hingga 2.00 petang.Seterusnya dari jam 2.00 hingga 4.00 petang semua para peserta solat asar bersama dan pada  jam 4.45 hingga 5.00 petang,majlis ditangguhkan dengan salam wada'.Semoga semua tentatif yang dirancang akan memberi impak yang berguna kepada bakal pemimpin muda Skkk2 bagi sesi 2013.
Tuan Hj Alias sedang memeriksa kedudukan para peserta...

para peserta Kem Kepimpinan dan Motivasi.....
Bincang...  
En omar dalam sesi ceramahnya...

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 29 Oktober 2012,satu sambutan Bulan Bahasa Melayu telah berjaya dilaksanakan.Dimulakan dengan perutusan daripada  wakil Menteri Pelajaran Malaysia,diikuti dengan tayangan video lagu "Bahasa Jiwa Bangsa",kemudian diikuti dengan kuiz bahasa Malaysia oleh ketua panitia bahasa Melaysia

Sambutan Hari Raya Aidil Adha

Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 29 Oktober,Satu sambutan Hari Raya Aidil  Adha telah diadakan dalam   suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Puan Pk HEM,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty telah memberi ceramah mengenai peristiwa korban antara Nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Nabi Allah Ismail.Rentetan peristiwa inilah yang menuntut umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah korban.Sesungguhnya ibadah korban merupakan ibadah yang sangat-sangat dituntut dalam Islam lantaran  memperingatkan kita kepada peristiwa besar tentang pengorbanan antara dua orang Nabi yang sangat-sangat taat kepada perintah Allah ini.
      Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
       Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 
Pn Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty dalam sesi ceramahnya...
Hadiah....Terima kasih daun keladi....

Tuesday, October 23, 2012

Mesyuarat Dan Taklimat GPB Kelompok Kota Bharu

Sk Kubang Kerian 2_Tanggal 24 oktober 2012,GPB Skkk2 telah menghadiri Satu mesyuarat dan Taklimat GPB Kelompok Kota Bharu .Antara agenda dan isu yang dibincangkan adalah pemantauan ICT,mesyuarat dan kursus-kursus yang diadakan untuk GPB dan juruteknik peringkat negeri,PKG,pengisian SSQS,pengisian STS,projek 1 Bestari Net,khidmat bantu yang dilakukan terhadap sekolah pilihan dan pengurusan ICT di sekolah.Dalam taklimat atau mesyuarat pada kali ini,Guru Penyelaras Bestari telah didedahkan dengan pelbagai perkara yang membabitkan pengurusan ICT di sekolah,termasuklah penyelenggaraan komputer dan konfigurasi rangkaian,penggunaan sistem pemarkahan dan data-data secara online.Turut dibincang juga mengenai pekeliling penetapan masa mengajar bagi Guru penyelaras Bestari dan KPI bagi GPB ini.

Monday, October 22, 2012

Pemantauan Pusat Akses

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 23 Oktober 2012,pemantauan Pusat Akses telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini.Pusat Akses ini telah dipantau oleh Pn Hasni Bt Zakaria,Pn.Shafini Bt Ghazali dan Pn.Tuan Roslina Bt Tuan Mat.
kerja-klerja mengisi data dan markah sedang dilaksanakan di Pusat Akses Sk Kubang Kerian 2...


Dokumentasi....oleh salah seorang pegawai
pantau....rekod penggunaan Pusat Akses...

kerja-kerja pengisian markah .....


Tekun....

Tandatangani buku Rekod Pelawat....

Sunday, October 21, 2012

Pemantauan dan Penilaian Makmal Komputer

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 22 Oktober 2012,Pemantauan dan Penilaian Makmal Komputer telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Aldelina B Abdullah(PTP PKG Kangkong),Encik Mohd sabri B. Yunus(PTP,PKG Ipoh) dan Encik Zull Fiqry Azmie B Abdullah.Penilaian yang dibuat ini bertujuan untuk menentukan samada  Makmal Komputer Skkk2 menepati piawaian yang ditentukan oleh BTPN dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) ke arah Pengurusan Makmal Komputer Cemerlang.Semoga Skkk2 dapat mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan oleh BTP dan BTPN.
pemantauan sedang dilakukan di Makmal Mozilla...

Pemantauan  sedang dilakukan  oleh  Encik Mohd Aldelina (PTP, PKG Kangkong),Encik Mohd sabri (PTP,PKG Ipoh) dan Encik Zull Fiqry Azmie B Abdullah

Jamuan Akhir Tahun Guru Skkk2

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 18 Oktober 2012,satu majlis jamuan akhir tahun telah disempurnakan di Restoran Jaya Sepuluh, Pengkalan Chepa,Kota Bharu Kelantan. Jamuan akhir tahun ini diadakan sempena meraikan perpisahan antara guru-guru Skkk2 bagi sesi 2012.Majlis berjalan dalam suasana yang sederhana tapi tetap meriah.

     Tuan Guru Besar telah memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada para guru yang sudi menghadirkan diri dalam majlis ini.beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru Skkk2 yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2012.Semoga semangat yang ditunjukkan oleh para guru dan kakitangan Skkk2 akan dapat dikekalkan dan seterusnya dapat jua meneruskan kesinambungan kecemerlangan pada tahun-tahun mendatang. 

Tuan Guru Besar bersama salah seorang wakil AJK PIBG,Dr Imran...



Juadah yang tersedia di atas meja....

Thursday, October 11, 2012

Sekitar Pogram Hibur Dan Libur Dengan Bijak

para ibu-bapa sedang mendaftar untuk menyertai program ini...
prihatin....Tuan Guru Besar dan Puan PK HEM bersama bungkusan makanan yang disediakan khas untuk murid-murid dan guru-guru serta kakitangan Skkk2

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 12 Oktober 2012, Pogram Hibur Dan Libur Dengan Bijak telah berjalan dalam suasana yang meriah,bermula seawal jam 8.30 pagi.Program ini merupakan satu program anjuran ASNB bersama agensi luar atau syarikat GLC yang telah diluluskan oleh KPM sempana Seminar Pelaburan 60 Hari agensi berkenaanSkkk2 telah  terpilih sebagai lokasi aktiviti ini.Ianya bertujuan untuk  merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa serta agensi luar.Di samping itu,dapat juga memberi peluang untuk ibubapa hadir ke sekolah kerana pada hari biasa adalah tidak menjadi rutin bagi para ibubapa untuk hadir ke sekolah selain dari urusan menghantar dan menjemput anak-anak pulang dari sekolah.Selain itu,program ini juga dapat memenuhi masa rehat dan kelapangan di hari tidak bekerja.para ibubapa dan anak-anak dapat mengisi masa  dengan program santai,namun  memberi menafaat dan impak serta  kesedaran terhadap murid  agar turut  menabung bersama ibubapa.

Wednesday, October 10, 2012

Program Hibur Dan Labur Dengan Bijak

Promosi !!!!!

Program Hibur dan Labur Dengan Bijak anjuran ASNB dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 akan diadakan seperti di bawah :-

Tarikh : Jumaat, 12 Oktober 2012
Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tengahari

Disediakan sedikit maklumat yang boleh dikongsi bersama untuk program ini adalah :-

  1. Hari jumaat, 12.10.2012 merupakan Hari Bertemu Pelanggan (Stake Holder) bagi Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2.
  2. Program ini dijayakan bersama oleh agensi luar atau syarikat GLC yang telah diluluskan oleh KPM
  3. Program ini untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa serta agensi luar
  4. Peluang untuk ibubapa hadir ke sekolah

MAJLIS KESYUKURAN

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 9 Oktober 2012,satu majlis kesyukuran telah diadakan di Dewan Harmoni Skkk2 bagi meraikan kemasukan tiga orang kakitangan baru ke Skkk2.Mereka adalah juruteknik komputer,Encik Nur Misuari B Ramli,Pembantu Am Rendah(PRA),Encik Ramli b Mustapha dan Penolong Pengurusan Murid(PPM) prasekolah,Puan Noor Rohaida Bt Yusof.

           Encik Mohd Nur Misuari dan Encik Ramli telah melapor diri pada hari yang sama,iaitu tanggal 1 oktober 2012,manakala Puan Noor Rohaida pula melapor diri pada 9 Oktober 2012.


 Juruteknik Komputer, Encik Nur Misuari B Ramli sedang diperkenalkan oleh Tuan Guru Besar Skkk2

 Penolong Pengurusan Murid(PPM) prasekolah, Puan Noor Rohaida Bt Yusof.

Sunday, October 7, 2012

Penyerahan Peralatan JQAF dan Muzik

Penyerahan peralatan JQAF kepada Puan Zunaidah Bt Jaafar
Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 07 Oktober 2012,Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah Daud telah menyerahkan peralatan Muzik,potable wireless speaker dan peralatan JQAF ,kamera digital serta perakam video pada hari ini kepada ketua panitia Muzik,Puan Rosliwati Bt Muhammad  dan Wakil JQAF,Puan Zunaidah Bt Jaafar.Kesemua barangan tersebut adalah di bawah jagaan juruteknik komputer lama,Encik Faizul Afzan B Mamat.

Program Bantuan Pakaian Oleh Jackel Trading

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 04 Oktober 2012,murid-murid Skkk2 yang terpilih telah dijemput ke Jackel Cawangan Kubang Kerian bagi menerima sumbangan pakaian yang berupa kain ela.Mereka telah dibawa ke sana dengan menaiki dua buah bas.Program ini adalah anjuran Unit HEM Skkk2.
PK HEM dan Puan Noraishah antara mereka yang mengiringi murid-murid ke Jackel Kubang Kerian.
Puan PK HEM sedang menyusun kedudukan murid di dalam bas...
Antara mereka yang mendapat sumbangan....Tahniah kerana anda terpilih!!

Monday, October 1, 2012

SELAMAT DATANG KE SKKK2 JURUTEKNIK KOMPUTER BARU!

Encik Mohd Nur Misuari Bin Ramli - juruteknik komputer Skkk2 sedang menerima fail tugas dan buku pengurusan ICT serta jadual tugasan daripada Tuan Guru Besar Skkk2,Encik Ismail B Ibrahim




"Selamat Menjalankan Tugas...Moga-moga selesa di sini "...
Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 01 Oktober 2012,juruteknik komputer baru telah melapor diri d pejabat guru besar jam 9.00 pagi tadi.Beliau menggantikan tempat Encik Faizul Afzan yang telah bertukar ke Pulau Pinang lantaran mengikut keluarganya di sana."Selamat Datang" diucapkankan kepada juruteknik baru.Semoga anda selesa di sini dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak sekolah demi menggemilangkan Unit ICT khususnya dan semua unit di Skkk2 amnya.Anda adalah tunjang kepada kecemerlangan ICT sekolah.

Sedikit mengenai latar belakang Juruteknik Komputer yang baru.

Nama : Mohd Nur Misuari Bin Ramli
Tempat Bertugas Terakhir : Sek. Jenis Keb. Cina Cameron
Tempoh Berkhimat : 3 Tahun 4 Bulan
Asal : Kota Bharu, Kelantan 

Terimalah untaian pantun yang tak seberapa buat juruteknik Skkk2 yang baru :

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
 
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat .....

Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau 

Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang

Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat  

Sahabat setia payah dicari

Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berba.....


Encik Mohd Nur Misuari Bin Ramli bersama GB dan GPB Skkk2
sedang meneliti nota terima tugas....
Encik Mohd Nur Misuari sedang membimbing pelajar Tahun 2 dalam subjek Dunia Sains Dan Teknologi @ slot TMK yang dikendalikan oleh GPB



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...