Thursday, November 8, 2012

Salam Perpisahan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 9 November menyaksikan perpisahan buat seorang warga guru yang sudah lama menabur jasa dan bakti di bumi Kerian yang damai ini.Butiran hujan yang turun membasahi bumi seolah turut meyaksikan kepiluan yang menyelubungi hati warga Skkk2 lantaran kehilangan seorang insan guru yang sangat berjasa kepada ratusan,malah ribuan pelajar di sini.Beliau ialah Pn Hajjah Noraishah Bt Yahya.Beliau telah menamatkan perkhidmatan di sini atas persaraan wajib  pada 1 December 2012 dan telah diraikan dengan rasminya pada sesi akhir persekolahan bagi tahun 2012 ini.Salam perpisahan dihulurkan buat Puan Hjh Noraishah.Semoga Puan sentiasa dirahmati Allah dan bagi kami warga Skkk2 akan sentiasa mengenangi Puan dalam doa quddus kami.hayatilah bait-bait puisi yang tak seberapa ini dari kami semua:

Pertemuan berlaku di penjuru matamu
yang ungu lalu membiru,
pertemuan berlalu di penjuru dadamu,
yang sayu lalu terharu......





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...