Tuesday, November 27, 2012

Kursus Adobe Photoshop Utk GPB dan JTK

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 26 dan 27 November 2012,Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer Skkk2 telah menghadiri Kursus Adobe Photoshop  di Sk Pasir Hor.Kursus ini dianjurkan oleh Unit ICT dan Pengkomputeran JPN Kelantan.Pengurusnya adalah Penolong Pengarah  Unit ICT dan Pengkomputeran JPN Kelantan,Puan Zuriah Bt Mohamed,manakala penceramahnya adalah Encik Rosnan B Muhammad ( Guru Besar Cemerlang Sk Chenulang,Kuala Krai Kelantan).Banyak input yang diperolihi melalui kursus ini.Kursus sebegini sebenarnya telah dianjurkan oleh PKG Tapang dan juga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.Namun semakin banyak kursus yang dihadiri oleh JTK dan GPB,maka semakin banyak ilmu yang diperolihi.Semoga dengan apa yang diterima di tempat-tempat kursus membolehkan GPB dan JTK memikul tugas dan tanggungjawab dengan lebih lancar lagi.Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kursus dan juga penganjur.Semoga dapat kita semarakkan dunia pendidikan dengan ilmu Teknologi Pengkomputeran dengan lebih licin dan lancar serta lebih kreatif...
Banner yang dihasilkan semasa kursus yang juga merupakan tugasan kursus....
Hasil kerja JTK .......
Hasil tugasan oleh GPB ....
Hasil kerja GPB...gambar peserta kursus yang asalnya diambil  di dalam makmal komputer Sk Pasir Hor...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...