Monday, November 5, 2012

Jamuan Perpisahan Pemimpin Kecil Sekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 5 November 2012 Majlis perpisahan bagi para pemimpin kecil sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Briged Bestari/ICT,Pembimbing Rakan Sebaya berjalan dalam suasana yang meriah dan terpancar cahaya kegembiraan di wajah para pemimpin kecil yang bakal menerajui kepimpinan dalam kalangan murid-murid sekolah ini.
     PK HEM,Puan Halimah bt Abdullah Kutty dalam ucaptamanya telah melahirkan rasa gembiranya terhadap kerjasama yang telah ditunjukkan oleh para pengurus pemimpin-pemimpin kecil ini yang sudah semestinya guru-guru penasihat pemimpin masing-masing telah terlebih dahulu memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan tiap apa jua aktiviti yang melibatkan para pemimpin kecil ini.Kehadiran semua guru SKKK2  di dalam majlis ini menambahkan keakraban antara para pemimpin cilik dengan para guru Skkk2.Semoga keakraban ini akan berpanjangan untuk selama-lamanya.......
Barisan pentadbir Skkk2

Guru-guru Skkk2 ...sabar menunggu ....

ucapan Tuan PKP En Mohd Ariffin B Yaacob
Hadiah kpd pemimpin kecil yang menunjukkan prestasi cemerlang...

penerima hadiah seterusnya.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...