Thursday, October 11, 2012

Sekitar Pogram Hibur Dan Libur Dengan Bijak

para ibu-bapa sedang mendaftar untuk menyertai program ini...
prihatin....Tuan Guru Besar dan Puan PK HEM bersama bungkusan makanan yang disediakan khas untuk murid-murid dan guru-guru serta kakitangan Skkk2

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 12 Oktober 2012, Pogram Hibur Dan Libur Dengan Bijak telah berjalan dalam suasana yang meriah,bermula seawal jam 8.30 pagi.Program ini merupakan satu program anjuran ASNB bersama agensi luar atau syarikat GLC yang telah diluluskan oleh KPM sempana Seminar Pelaburan 60 Hari agensi berkenaanSkkk2 telah  terpilih sebagai lokasi aktiviti ini.Ianya bertujuan untuk  merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa serta agensi luar.Di samping itu,dapat juga memberi peluang untuk ibubapa hadir ke sekolah kerana pada hari biasa adalah tidak menjadi rutin bagi para ibubapa untuk hadir ke sekolah selain dari urusan menghantar dan menjemput anak-anak pulang dari sekolah.Selain itu,program ini juga dapat memenuhi masa rehat dan kelapangan di hari tidak bekerja.para ibubapa dan anak-anak dapat mengisi masa  dengan program santai,namun  memberi menafaat dan impak serta  kesedaran terhadap murid  agar turut  menabung bersama ibubapa.

      Sepanjang program yang diadakan ini,seramai 300 orang keluarga telah mendaftar untuk menabung lantaran kuota yang dihadkan adalah sebanyak 300 sahaja.masih ramai lagi yang berminat untuk menabung dan pihak
      Aktiviti ini sangat  berfaedah dan tidaklah  sia-sia.Pihak guru besar Skkk2 dan para pentadbir serta warga Skkk2 mengucapkan  jutaan terima kasih kepada ASNB kerana memilih Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 sebagai lokasi aktiviti dan Seminar Pelaburan 60 Hari agensi berkenaan.
      Banyak impak yang diperolihi daripada program ini.Antaranya:
 i)  Memberi peluang kepada Kelab dan Persatuan untuk mencari dana / tabung dengan membuka gerai jualan pada hari tersebut.
ii)   Melatih murid-murid dan ahli kelab berusahawan semenjak dibangku sekolah.
iii)  Menggalakan pihak luar menganjurkan aktiviti dengan pihak sekolah bagi kepentingan bersama dan memenuhi kehendak bersama
iv)Memberi peluang kepada murid-murid untuk merebut hadiah dan tawaran baucer tambahan pelaburan yang dikeluarkan oleh ASNB
      Semoga aktiviti-aktiviti sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa hadapan.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini,sama ada secara langsung atau tidak langsung.
orang ramai sedang membeli-belah di gerai-gerai yang disediakan....
Puan PK HEM tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di gerai milik Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...