Wednesday, October 10, 2012

Program Hibur Dan Labur Dengan Bijak

Promosi !!!!!

Program Hibur dan Labur Dengan Bijak anjuran ASNB dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 akan diadakan seperti di bawah :-

Tarikh : Jumaat, 12 Oktober 2012
Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tengahari

Disediakan sedikit maklumat yang boleh dikongsi bersama untuk program ini adalah :-

  1. Hari jumaat, 12.10.2012 merupakan Hari Bertemu Pelanggan (Stake Holder) bagi Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2.
  2. Program ini dijayakan bersama oleh agensi luar atau syarikat GLC yang telah diluluskan oleh KPM
  3. Program ini untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa serta agensi luar
  4. Peluang untuk ibubapa hadir ke sekolah
  5. Memenuhi masa rehat, kelapangan hari tidak bekerja dengan program santai dan memberi menafaat dan impak kesedaran kepada murid untuk menabung bersama ibubapa
  6. Aktiviti ini dianggap berfaedah dan tidak sia-sia. terima kasih kepada ASNB kerana memilih Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 sebagai lokasi aktiviti dan Seminar Pelaburan 60 Hari agensi berkenaan
  7. Memberi peluang kepada Kelab dan Persatuan untuk mencari dana / tabung dengan membuka gerai jualan pada hari tersebut. Melatih murid-murid dan ahli kelab berusahawan semenjak dibangku sekolah.
  8. Menggalakan pihak luar menganjurkan aktiviti dengan pihak sekolah bagi kepentingan bersama dan memenuhi kehendak bersama.
  9. Memberi peluang kepada murid-murid untuk merebut hadiah dan tawaran baucer tambahan pelaburan yang dikeluarkan oleh ASNB



Pelbagai acara menarik menanti anda...Semua dijemput hadir...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...