Wednesday, October 10, 2012

MAJLIS KESYUKURAN

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 9 Oktober 2012,satu majlis kesyukuran telah diadakan di Dewan Harmoni Skkk2 bagi meraikan kemasukan tiga orang kakitangan baru ke Skkk2.Mereka adalah juruteknik komputer,Encik Nur Misuari B Ramli,Pembantu Am Rendah(PRA),Encik Ramli b Mustapha dan Penolong Pengurusan Murid(PPM) prasekolah,Puan Noor Rohaida Bt Yusof.

           Encik Mohd Nur Misuari dan Encik Ramli telah melapor diri pada hari yang sama,iaitu tanggal 1 oktober 2012,manakala Puan Noor Rohaida pula melapor diri pada 9 Oktober 2012.


 Juruteknik Komputer, Encik Nur Misuari B Ramli sedang diperkenalkan oleh Tuan Guru Besar Skkk2

 Penolong Pengurusan Murid(PPM) prasekolah, Puan Noor Rohaida Bt Yusof.

 Puan Noor Rohaida Bt Yusof bersama guru prasekolah,Pn Zulaidah...asyik berbincang sesuatu

Pembantu Rendah Am (PRA), Encik Ramli b Mustapha dari SMK Kota Bharu.


Selamat Hadir Kami ucapkan kepada mereka bertiga. Semoga kehadiran mereka akan lebih memberi impak kepada kejayaan sekolah ini.Terimalah bait-bait pantun untuk ketiga-tiga kakitangan baru Skkk2 ini :

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi


Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga


Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu


Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...