Sunday, September 30, 2012

SALAM PERPISAHAN BUAT JURUTEKNIK KOMPUTER SKKK2

Penyerahan tugas secara rasmi di bilik guru besar Skkk2
Tahniah.....selamat bertugas di tempat baru....jangan lupa kami yer!
sekitar penyerahan tugas Juruteknik Komputer Skkk2 bersama Guru Besar dan Guru Penyelaras Bestari  Skkk2 yang berlangsung di bilik Guru Besar sebentar tadi
Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 30 September 2012,Sk Kubang Kerian 2 telah kehilangan satu aset yang sangat berharga dengan "penyerahan tugas" yang telah dibuat secara rasmi oleh juruteknik komputer Skkk2,Faizul Afzan b Mamat tepat jam 9.00 pagi tadi di bilik Tuan Guru Besar Skkk2.Turut hadir bersama dalam majlis penyerahan ini adalah Guru Penyelaras Bestari(GPB) Skkk2,Puan Wan Ramlah Bt Daud.
       Encik Faizul Afzan telah menyerahkan memorandum pertukaran yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia   dan juga dokumen serahan tugas secara rasmi untuk ditandatangani oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail b Ibrahim.Manakala fail-fail yang berkaitan dengan urusan penyelenggaraan  komputer serta fail-fail penting dan kunci-kunci bilik-bilik serta almari-almari bilik-bilik ICT kepada GPB Skkk2.


       Selamat berpisah diucapkan buat juruteknik komputer Skkk2 yang telah berkecimpung dalam arena ICT Skkk2 selama beberapa tahun.Meskipun berat hati kami untuk melepaskan pemergianmu,namun keluarga adalah lebih penting dari segalanya.Moga Encik faizul Afzan bahagia bersama isteri dan anak tercinta.Pemergian anda merupakan suatu kehilangan aset yang sangat berharga dari Skkk2.Kami kehilangan juruteknik yang pakar dalam pelbagai bidang,baik daripada segi penyelenggaraan komputer,software-software penting dan juga pakar motivasi.Semoga En Faizul Afzan gembira di tempat baru dan bahagia di samping keluarga tersayang.Jangan lupa kami di sini....Akhir kata terimalah ungkapan pantun yang tak seberapa dari kami buat juruteknik yang kami syangi:

GUNUNG BINTAN LEKUK DITENGAH
SAYANG PENYENGAT KUBUNYA TIGA.
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH.
BUDI KUSANJUNG KUINGAT JUGA.

BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI
PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN
ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG DIBERI
PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN.

KALAU MENJEMUR PAPAN PANJANG
BAIK DISUSUN TEGAK BERDIRI
KALAULAH ADA UMUR YANG  PANJANG
INSYA ALLAH KITA KAN  JUMPA LAGI......

SAYONARA BUAT ENCIK FAIZUL AFZAN....MOGA BAHAGIA DAN GEMBIRA DI SEKOLAH BARU.JANGAN LUPA KAMI SEMUA!!!
GB bersama JTK sedang meneliti memorandum pertukaran....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...