Sunday, July 22, 2012

Sumbangan Takaful ikhlas

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 19 Julai 2012,Tuan Guru Besar Sk Kubang Kerian 2 telah berbesar hati menyerahkan sumbangan wang daripada Takaful Ikhlas Berhad kepada ibubapa seorang pelajar Tahun satu  sekolah ini yang telah meninggal dunia dalam kemalangan maut yang berlaku di hadapan rumahnya pada
pada 25 Dec 2011.Sumbang wang Takafull Ikhlas Berhad, Malaysia yang berjumlah RM 5000.00 telah  disampaiakan oleh Tn Hj.Ismail b.Ibrahim di rumah keluarga si mati,Adik Nurul Mizam Qistina Bt Yunus dengan disaksikan oleh PKP Skkk2 Encik Mohd Arifin B Yaakub dan PK HEM,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty.Ibu arwah ,Puan Puan Razimah bt Abdul Rashid telah melahirkan rasa gembira dan terharunya di atas sumbangan yang telah disampaikan itu.'Takziah diucapkan kepada keluarga arwah Adik Nurul Mizam Qistina Bt Yunus.Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang solleh...Amin!
Ibu arwah sedang menerima cek bernilai RM5000.00 daripada Tuan Guru Besar Skkk2,Encik Ismail B Ibrahim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...