Sunday, July 22, 2012

IHYA' RAMADHAN SKKK2

Tadarrus Tahap 2 diketuai oleh Puan Asliza Hassan ,Ketua Panitia Pen Agama Islam Skkk2

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 22 Julai 2012 merupakan satu titik permulaan bagi Panita Pendidikan Agama Islam & JQAFdi bawah Pimpinan ketua Panitia Agama Skkk2,Ustazah Asliza Bt Hassan melaksanakan program Ihya' Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.Antara program yang telah diatur dan akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah:


1.Solat hajat dan bacaan yasin 
- diadakan di surau pada jam 10.15 hingga 10.45 setiap hari ( bagi murid Tahun 6 )

2.Tadarrus al Quran - diadakan di kantin 
- jam 9.45-10.15(tahap 1) dan 10.15-10.45( tahap 2)

3.Tazkirah ringkas 
- diadakan semasa perhimpunan pagi di hadapan kelas bagi semua murid.

4.Tabung ramadhan
- diadakan sepanjang 22 Julai  hingga 14 Ogos 2012 
- Semua guru dan murid Skkk2 terlibat.

5.Risalah Ramadhan 
- diadakan sepanjang Ramadhan 
- Semua guru dan murid akan diberi risalah khas.

6.Kuiz bertulis
- diadakan sebanyak 2 kali sepanjang Ramadhan
-Semua guru dan murid terlibat.

7.Majlis penutup & pembahagian zakat 
- diadakan di Dewan Harmoni pada 15 Ogos 2012
-penglibatan:Semua guru dan murid.

         Semoga dengan perancangan yang teliti dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi menghidupkan sinar ramadhan dan bagi mendapat penghayatan Ramadhan dalam kalangan warga Sk.Kubang Kerian 2 tercinta.Semoga kita semua akan mendapat rahmat dan maghfirah daripada Allah Azzawajalla.....
Puan Hjh Halimah ( PK HEM) sedang membuka tirai tabung Ramadhan
Tadarrus al Quran secara beramai-ramai

Murid-murid Tahap 1 sedang bertadarrus secara beramai-ramai 
Murid tahap 1...khusyuk bertadarrus dii bawah bimbingan UstazMohd Zaki  dan guru-gru Agama serta JQAF Skkk2


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...