Saturday, July 21, 2012

Hadiah Pencapaian Nilam

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 22 Julai 2012- Satu majlis penyampaian hadiah "Nilam" telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Sk Kubang Kerian 2 di tapak perhimpunan sebagai penyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.Justifikasi yang diambil kira adalah berasaskan kepada jumlah buku yang dibaca oleh murid-murid sepanjang tahun.Murid yang membaca paling banyak dan melayakkan mereka menggunguli katogeri "Emas" telah dimenangi oleh Adik Siti Nursyazwani Bt Muhishamzuri dari Tahun 6T.
Beliau telah berjaya membaca sebanyak 301 buah buku.Katogeri Perak pula telah disandang oleh Adik Nurul Ain Syahira Bt.Che Mat,Adik Nurul Najwa Bt Sidek dan Adik Nurul Sofiyya Bt Hasnan.Ketiga-tiga mereka ini dari Tahun 6T.Mereka telah membaca sebanyak 200 buah buku ke atas.Seterusnya katogeri gangsa pula telah digondol oleh 32 orang pelajar yang terdiri dari murid Tahun 6T dan seorang murid dari Tahun 4T,Ahmad Aiman B Sahadi dari Tahunn 4T.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan kepada mereka yang masih belum mencapai mana-mana tahap,diharapkan dapat meneruskan lagi bacaan dan seterusnya membuat catatan di dalam buku Nilam... 
"Bacalah....dengan nama Tuhanmu..." 
" Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...