Tuesday, July 24, 2012

[ BERITA ] KPM Jawab Surat Pembaca "Guru Bengang"

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Bengang DG32, Selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia bertarikh 24 Julai 2012 – Guru bengang kerani lembap.
Secara umumnya, skop tugas Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi (PT (P/O)) di semua sektor awam adalah melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi seperti tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat dan pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi. Skop tugas PT (P/O) dalam sektor awam adalah berbeza bergantung kepada fungsi dan tanggungjawab sesuatu Bahagian/Jabatan/institusi. Bagi PT (P/O) di sekolah, skop tugas mereka adalah menguruskan pentadbiran pejabat, perkhidmatan dan kewangan serta urusan yang melibatkan tugas perkeranian guru seperti menaip sijil berhenti sekolah dan menguruskan stor dan aset.

KPM juga telah menjalankan kajian skop tugas PT (P/O) di sekolah dan senarai tugas terkini akan dikeluarkan bagi menjelaskan skop tugas PT (P/O) di sekolah. KPM tidak bercadang untuk menukar gelaran PT (P/O) kepada Pembantu Guru. Berhubung dengan PT (P/O) yang bermasalah, pihak pengurusan sekolah seharusnya mengambil tindakan dengan mengadakan sesi perbincangan, kaunseling dan kursus bagi meningkatkan motivasi dan kualiti diri PT (P/O) tersebut.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...