PENGURUSAN STRES DI TEMPAT KERJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang budiman...Memandangkan dewasa ini "stres di tempat kerja sudah menjadi wabak yang kian menular,maka di sini sukalah saya berkongsi maklumat dan fakta mengenai stres.Menurut Prof.Madya Dr.Zarida Hambali (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM:
          
Stres atau tekanan merupakan  tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

Menutut bacaan Graf Stres Hans Selve:Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres.

.       Tanda-tanda dan gejala stres dapat dilihat daripada segi fizikal seperti  adalah seperti gementar,berpeluh,rasa Seram sejuk,tangan dan kaki rasa sejuk,sakit kepala atau rasa mual/nak muntah,
bernafas laju,kering mulut,kerap buang air kecil,kerap buang air besar,cirit- birit,kurang selera makan,mudah dapat serangan penyakit seperti asma,sakit belakang badan,masalah penghadaman,sakit kepala,gatal-gatal
masalah hubungan kelamin,sakit-sakit badan dan cepat letih.

        Tanda-tanda psiko logikal pula adalah seperti:kebimbangan,keliru dan kurang daya tumpuan,sukar kawalan diri,berlaku perubahan emosi seperti :tekanan perasaan,kekecewaan,mewujudkan permusuhan,rasa tak berdaya,kurang sabar dan cepat marah,lemah Semangat,susah nak tidur,mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak

       Berlaku pula gangguan fikiran seperti,sukar membuat keputusan,kurang minat terhadap aktiviti harian tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar.Pemikiran positif terganggu disebabkan oleh:sering berfikiran negatif  dan kurang memberi perhatian.Juga berlaku penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut,kecewa dan cepat marah.

        Gejala seterusnya berlaku terhadap tingkah laku seperti  bercakap dengan cepat dan kuat,sering menguap,suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih berperasaan yang negatif seperti mudah tersinggung,terlalu bergantung kepada orang lain,suka memberi komen dan kritik orang lain,boleh bertindak ganas,bertindak secara tidak logik.o Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi kurang kecekapan diri,mudah lupa,selalu membuat kesilapan,sering terlibat kemalangan,dan kurang produktiviti kerja.

    Punca stress :
1. Di tempat kerja
• Jenis kerja
- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa
• Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri
• Hubungan rakan sejawat
- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual
• Persekitaran yang tidak selesa
- bising, kawasan yang kotor, pencemaran, panas dan sempit
‐ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
• Pengurusan dan organisasi
- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap kenderaan,
kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan sukar
untuk naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi
-waktu kerja yang tidak fleksibel.
• Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga

Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:
o Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
o Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
o Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
o Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
o Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
o Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
o Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
o Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
o Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
o Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan
dan peralatan

o Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
 -Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan
sekarang
-Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
-Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
-Tiada peluang kenaikan pangkat
-Tiada jaminan pekerjaan
o Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
-Tekanan dari pihak atasan
-Campur tangan terhadap bidang tugas
- Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
-Gangguan terhadap perancangan kerja
-Gangguan telefon
o Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
�Masalah kewangan
�Masalah hubungan dengan keluarga
�o Penyakit yang dialami
�o Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan danpenceraian

Lain-lain punca stres
a. Stres Ancaman (survival) :
Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi,
fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
b. Stres dalam diri sendiri:
Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita
terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu
mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .
Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan
kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
o Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
o Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
o Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
o Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang
dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda
o Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda

c. Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan
• "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat,sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
• Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi
kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi
• Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.

Komplikasi
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri anda.
Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan
memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:
• Mudah keletihan dan cepat penat
• Kekecewaan
• Hilang semangat ( "burn out" )

Cara mengurangkan stres
• Mengubahsuai punca stress dengan :
- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan masa yang tidak fleksibel
• Mengelak stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat.
• Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi
otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)

PERUNDANGAN
• Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menetapkan tugas
am bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dan
menjamin kesejahteraan pekerja. Menyediakan tempat kerja yang selamat dan
sihat termasuk memastikan bahawa tiada kesan negative daripada factor-faktor
seperti kebisingan, bau, pencahayaan, suhu, kelembapan, pengalihudaraan,
habuk, getaran dan bahan berbahaya.
• Majikan juga hendaklah mengamalkan budaya tempat kerja yang berkualiti
seperti mengutamakan persekitaran kerja yang terbuka, mengamalkan dialog
dan perhubungan secara meluas, memberi peluang samarata dan tiada
diskriminasi serta memastikan penyelesaian masalah bersama. Masalah
keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh diselesaikan oleh Jawatankuasa OSH
yang ditubuhkan di bawah Seksyen 30.
• Akta Pekerjaan 1955 mengandungi peruntukan khas bagi mengawal masa kerja
termasuk hari rehat, kepanjangan masa kerja, masa rehat, kerja shift dan jumlah
kerja lebih masa.
Labels:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
[blogger]

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.