Tuesday, May 8, 2012

Google Bangunkan Teknologi Kereta Tanpa Pemandu


Google melalui sepasukan jurutera terbaik di dunia membangunkan teknologi kereta automatik (kereta tanpa pemandu) yang dikatakan pertama dalam dunia kajian robotik.Menurut ketua pasukan Sebastian Thrun dalam blog rasmi Google, teknologi itu bertujuan untuk membantu mencegah kemalangan lalu lintas, menjimatkan masa manusia dan mengurangkan pembebasan karbon.

Kereta automatik itu digerakkan oleh perisian komputer (software) yang menggabungkan penggunaan kamera video, pengesan radar dan laser range finder (untuk meninjau trafik) dan juga sebuah peta. Kini Google telah pun mempunyai Google Maps; sebuah perisian data peta yang terperinci.

Kereta pandu uji mereka telah pun berjaya meluncur di jalan raya sejauh 140,000 batu. Pada 29 September, CEO Google Eric Schmidt pernah berkata, "Ia adalah sesuatu yang masuk akal jika kereta anda dipandu sendiri."

Tambahnya, "Ia adalah satu 'bug' apabila kereta dicipta terlebih dahulu sebelum komputer dicipta."


'Bug' dalam istilah komputer adalah satu ralat. Langkah ini merupakan isyarat terkini bahawa Google bertekad untuk mengubah cara kereta dipandu. Tidak mustahil bahawa tidak lama lagi, kita akan dapat melihat kereta tanpa pemandu di jalan raya Malaysia.

Jika dulu Android (teknologi perisian telefon pintar) tidak pernah dipakai oleh manusia, kini ia merupakan saingan hebat bagi Apple OS yang diguna pakai dalam iPhone.Semoga suatu hari nanti, lebih ramai orang Islam yang terkehadapan dalam membangunkan teknologi-teknologi yang mampu memberi manfaat kepada semua manusia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...