April 2012

Sk Kubang Kerian 2 mengucapkan "Selamat hari Pekerja " buat seluruh warga Skkk2 khasnya dan buat seluruh rakyat Malaysia amnya....Semoga anda memanfaatkan cuti hari pekerja ini ke arah pengisian yang berguna dan nikmatinya bersama keluarga tercinta....

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 29 April 2012,seramai 11 orang murid Tahun 6 telah menerima cenderahati dari Tuan Guru Besar Skkk2 di atas kejayaan mereka memperolihi 5A dalam UBB 2 yang diadakan pada minggu lepas.Semoga kejaan ini akan terus dipertahankan dan makin ramai yang memperolihi 5A dalam UBB akan datang,seterusnya bakal mendominasi UPSR nanti.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan kepada mereka yang kurang bernasib baik,usaha dan cuba lagi.Semoga anda semua akan memperolihi kajayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.

Bakal calon UPSR yang memperolihi 5A dalam UBB 2...

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 25 dan 26 April 2012,Seramai lima orang peserta catur telah mewakili sekolah ke peringkat MSSD Kota Bharu.Mereka adalah Adik Mohd Haziq Danial b.Roslan,Md Aiman Ibad b Imran,Wan Amaleen Elisha W.Azzlan,Siti Zuliana bt.Razali dan Nur Amalin bt.abdul Wahab.Johan  peringkat MSSD Kota Bharu telah disandang  oleh Adik Ahmad Aiman b.Sahadi.

Seramai tiga orang peserta  terpilih untuk mewakili PPD Kota Bharu bagi merebut juara peringkat negeri yang akan berlangsung pada 10-12 Mei di Tanah Merah.Mereka  adalah Adik Ahmad Aiman,Wan Amaleen dan Siti Zuliana.Tahniah diucapakan kepada pasukan catur sekolah.Semoga akan dapat merebut juara peringkat negeri Kelantan dan seterusnya menggondol kejayaan di peringkat kebangsaan pula.


Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 26 April 2012,satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan perpisahan dan persaraan En.Rosli B.Mohamad.Beliau telah menamatkan perkihmatannya di sini pada hari ini setelah berkhidmat di sini selama 36 tahun,yakni bermula dari tahun 1976 hingga 2012.Dalam ucapanya,En Rosli telah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas susah payah  para guru dan kakitangan Skkk2 mengadakan majlis bagi pihaknya dan memohon berbanyak kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah beliau lakukan sepanjang bertugas di sini,sama ada secara sedar atau di luar sedar.Beliau melahirkan rasa terharunya untuk berpisah dengan warga Skkk2 yang sudah dianggapnya sebagai saudara dan kerabat sendiri.

             Tuan Guru Besar yang mewakili para guru dan kakitangan sekolah pula mengucapkan selamat berpisah dan menempuh alam persaraan buat En.Rosli.Beliau berharap agar En.Rosli akan mmemulakan era baru di alam persaraan dan sebagai mewakili para guru dan kakitangan sekolah ini,Tuan Guru Besar,En.Ismail Ibrahim telah memohon jutaan kemaafan seandainya sepanjang En.Rosli menjalankan tugas di sini terdapat kesalahan dan kesilapan yang pernah warga Skkk2 lakukan sama ada dalam sedar atau di luar sedar.En.Rosli telah menerima sedikit cenderahati daripada guru-guru,kakitangan,murid-murid dan juga PIBG Skkk2."Semoga En.Rosli sentiasa sihat menjalani hari-hari persaraan dan ceria serta dirahmati Allah selau.Kami di sini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda dan anggaplah perpisahan ini hanya berpisah di mata sahaja....di hati,En. Rosli sentiasa bersama kami"....

1 BestariNet

Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.


Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.

Tawaran Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) Sesi 2012/2013


Sukacita dimaklumkan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Hadiah Latihan bagi mengikuti Tawaran Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi Sesi 2012/2013.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk iklan di laman ini [ Portal KPM - Klik di sini ]

Sekian, terima kasih.


TEKNIK membaca yang betul perlu diamalkan untuk 
semua medium, bentuk atau sumber bahan bacaan. -

MEMBACA untuk pembelajaran tidak sama dengan membaca untuk hobi atau mengisi masa lapang. Pembacaan untuk pembelajaran memerlukan pembacaan yang aktif.Untuk memudahkan pemahaman, bukan sekadar membca teks tetapi baca semuanya - graf, jadual atau apa-apa gambaran yang disertakan.

Selain itu, membaca buku bahasa kedua seperti bahasa Inggeris memang agak membosankan terutama jika pelajar tidak mahir bahasa tersebut. Oleh itu, syarat utama untuk memahami buku bahasa asing ialah kamus yang baik. Namun tidak bermakna dengan memiliki kamus yang baik, pembelajaran akan menjadi mudah. Seringkali tumpuan pelajar terjejas oleh gangguan-gangguan seperti mencari makna sesuatu perkataan.
 
Berkali-kali melihat kamus, boleh menjejaskan pemahaman asal dan menyebabkan fikiran cepat bosan serta letih.Bagi mengatasinya, pelajar harus mengurangkan seminimum mungkin proses mencari makna perkataan  yang tidak difahaminya.Sebelum membaca sesuatu tajuk yang ditulis dalam bahasa asing, semak terlebih dahulu dengan membacanya secara pantas.Catatkan perkataan itu untuk tujuan rujukan dan sediakan satu set catatan yang khusus bagi sesuatu buku yang dibaca.

Teknik membaca yang menjimatkan masa

1. Baca dengan mata, bukan dengan mulut.
Membaca dengan mulut (terkumat-kamit ketika membaca) hanya melambatkan pembacaan kerana pergerakan mata lebih pantas daripada mulut. Begitu juga membaca dengan menggerakkan jari telunjuk turut melambatkan proses pembacaan.

2. Elakkan berjalan atau mundar-mandir ketika membaca. Elakkan diri daripada mengulangi ayat yang sudah dibaca.

 Ini dapat dibiasakan dengan kerap membuat latihan tetapi masih mengekalkan daya penangkapan maklumat dari bahan yang dibaca.

3. Baca sesuatu tajuk sehingga habis. Mulakan pembacaan sesuatu topik dari awal untuk memudahkan pemahaman dan tidak perlu mengulang pembacaan jika berhenti pada pertengahan tajuk.

Ingat kembali
1. Cara mengingat kembali boleh dilakukan secara lisan, dalam hati atau menulis fakta di atas kertas.
2. Proses ingat kembali lebih menguntungkan kerana menjimatkan masa dan tidak perlu  mengambil masa banyak untuk mengulangkaji.
3. Pelajar tahu apa yang sukar diingati, terlupa ataupun salah, jadi ia akan menumpukan lebih perhatian kepada bahan ini dalam proses ingat kembali.

Lihat semula
1. Lihat semula adalah proses untuk mengetahui apa yang telah dibaca.
2. Belajar secara bersendirian sebenarnya memerlukan masa yang lebih.
3. Selain pembahagian waktu teratur, pelajar perlu ada tatatertib sendiri - hapuskan sikap acuh tak acuh, menangguh-nangguhkan belajar atau malas.
4. Belajar di tempat yang menggalakkan pembelajaran.

Ujian sendiri
1. Ujian dapat mengenalpasti tahap pemahaman.
2. Untuk menguji ingatan, tutup buku dan tulis semula apa yang diingati.
3. Uji juga kefahaman konsep serta penggunaannya, dengan menjawab soalan lalu.

Sumber : Portal ADAP

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...

Suasana kursus yang berjalan di PKG Banggol yang dihadiri oleh juruteknik komputer Skkk2-En.Faizul Afzan
            Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 23 April 2012- Satu kursus pembestarian telah diadakan bagi Guru Penyelaras Bestari dan juruteknik  komputer bagi sekolah-sekolah pemangkin yang memeperolihi 5 bintang dalam penarafan SSQS bagi sesi 2011 baru-baru ini.Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah Daud telah mengikuti kursus di BTPN selama 3 hari bermula 23 hingga 25 April 2012.Manakala juruteknik komputer,En. Faizul Afzan Mamat telah mengikuti kursus pembestarian di PKG Banggol Kota Bharu.

              Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada Guru Penyelaras Bestari dan juruteknik dalam usaha pembestarian sekolah dan harapan BTPN agar sekolah pemangkin akan memperluaskan lagi proses pembudayaan ICT di sekolah  seterusnya dan  bakal  menjadi mentor kepada sekolah-sekolah sekitar yang belum mencapai taraf 5 bintang dalam SSQS akan datang.Semoga dengan usaha murni BTPN akan dapat merealisikan aspirasi negara ke arah mencapai sekolah bestari sepenuhnya yang sepatutnya pada 2012.

Suasana kursus yang berjalan di BTPN.....dihadiri oleh GPB Skkk2....
               Siri-siri kursus seterusnya dijangka akan diadakan pada 14 hingga 17 Mei di Hotel Megaview Kuantan,Pahang pada 21 hingga 24 Mei di BTPN Terengganu.Semoga kursus-kursus yang dihadiri oleh GPB dan juruteknik Skkk2 akan memberi impak yang besar ke arah pembestarian Skkk2 dan dapat disebarluaskan ke sekolah-sekolah sekitar.

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 21 April 2012 bersamaan hari Sabtu,Kejohanan Merentas Desa telah diadakandi sekolah ini.Ianya di bawah kelolaan Unit Ko kurikulum dengan kerjasama Unit HEM.Peserta adalah terdiri daripada murid-murid Tahun satu  hingga Tahun enam yang melibatkan kira-kira 800 orang peserta.

          Majlis dimulakan seawal jam 7.45 pagi dengan berkumpul di dataran perhimpunan,diikuti dengan acara memanaskan badan yang diketuai oleh Tuan Guru Besar,Encik Mohd Azman ,En.Mohd Arifin Yaacob(PKP) dan wakil ibubapa.Jam 8.30 pagi Tuan Guru Besar telah memberi ucapan ringkas sebagai pembuka majlis merangkap ucapan perasmian majlis.Dalam ucapannya Tuan Guru Besar telah memberi kata-kata perangsang agar murid-murid mengambil bahagian ini dapat melakukan aktiviti dengan baik sebagai menyahut seruan kerajaan "Satu Murid Satu Sukan".

          Seterusnya acara merentas desa dimulakan jam 8.45 pagi bagi katogeri F,E dan D yang diwakili oleh murid-murid Tahap Satu.Diikuti dengan katogeri C,B dan A yang diwakili oleh murid-murid tahap 2.Para peserta diberi rehat pada jam 10.30 pagi dan seterusnya majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada jam 11.30 pagi dalam suasana yang gilang-gemilang.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik,jangan putus asa....cuba lagi pada masa-masa akan datang.

Peserta lelaki di garisan permulaan...
         Semoga acara-acara kesukanan sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang memandangkan murid-murid perlu didedahkan aktiviti-aktivi kesukanan demi mengembangkan bakat mereka daripada segi jasmani.semoga perkembangan jasmani dapat bergerak seiring dengan perkembangan rohani,emosi,intelek dan sahsiah ( JERIS) sebagaimana yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Di garisan permulaan......
Menerima hadiah....Terima kasih cikgu....
 terima kasih daun keladi......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.