March 2012

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
SK.Kubang Kerian 2_ Tanggal 28dan 29 Mac 2012,satu pestaer,awanan bo,a jari g telah berlangsung di padang sekolah ini.Perlawanan berlansung dengan begigu sengit dan penuh semangat kesukanan.Sebanyak 11 buah sekolah dalam QIT Peringat telah berhempas pulas berlawan bagi merebut kejuaraan.Bagi pasukan Skkk2,pasukan ini telah berjaya melangkah ke se,mi final dan di akhir sesi perlawanan,telah berjaya muncul sebagai naib juara.Juara gelah disa dang oleh pasukan bola jaring Sk.Long Ghafar,manakala tempat ke tiga telah disandang oleh pasukan bola jaring Sk.Perol.

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 22 Mac 2012,Satu majlis persaraan telah diadakan di Dewan Harmoni.Puan Hjh Midah dilahirkan di sebuah pondok yang terletak bersebelahan dengan Pasar Segar, Kubang Kerian. Beliau merupakan anak ke dua dalam sebuah keluarga sederhana, tetapi kaya dengan budi bahasa. Beliau telah mendapat didikan awal si SKKK 1, kemudian meneruskan pengajian sehingga tingkatan 6. menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu.Beliau mula mengajar di SMK Chukai, Kemaman, Terengganu pada tahun 1978, memegang jawatan sebagai warden Asrama perempuan di samping menjadi AJK PIBG, jurulatih tarian sekolah dan jurulatih Bola Tampar. 
        Beliau bertemu jodoh dengan seorang jejaka pilihan yang bergelar guru iaitu AB.Wahab b. Salleh, yang juga sama sama bertugas di sekolah itu.Setelah sembilan tahun bertugas di perantauan, barulah kembali bertugas di negeri tumpah darah tercinta iaitu di SK. Demit ,1987.
Tahun 2000, beliau berhijrah ke SK Kubang Kerian 2.

Beliau mengajar tahun 5 (PDL) dan tahun 6 (UPSR) selama 30 tahun. Sanggup berhempas pulas dan berpenat lelah dengan dengan kelas tambahan siang dan malam, demi kecermelangan murid dan menjulang gahnya nama sekolah.Beliau pernah ditawarkan sebagai Penyelia Petang di SK. Belimbing, Tanah Merah, tapi demi cintakan murid tahun 6, Tawaran itu ditolak.
Antara Sumbangan Cikgu Puan Midah adalah :
*Pemeriksa kertas BM Penulisan UPSR (LPN)dari tahun 2000-2007, kemudian menarik diri atas alasan kesihatan.Ketua Panitia BM selama beberapa tahun disekolah ini, juga pernah menjadi setia usaha BM.
*Beliau pernah menjadi Bendahari PIBG dari tahun 2000 – 2004,yang mana PIBG sekolah pada masa itu pernah di nobatkan sebagai JUARA di negeri kelantan.
*Beliau menjadi jurulatih syair selama 2 tahun berturut turut yang berjaya menjadi johan di negeri Kelantan


*Beliau juga pernah menjadi jurulatih bercerita yang berjaya ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas.
           Sekarang beliau telah bergelar nenek kepada dua orang cucu, daripada anak sulung perempuan yang juga seorang guru.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman Mat zin
Ucapan wakil guru...Pn.Che Faridah
Ucapan wakil murid
 
ucapan wakil pentadbir...Puan Hjh Halimah Kutty...PK HEM


Cikgu Hjh Midah sedang menerima hadiah drp murid
Hadiah daripada teman seperjuangan...Pn.hjh Noraishah...terima kasih!!!
SELAMAT BERSARA…….DAN TERIMA KASIH CIKGU…..

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.Kubang Kerian2 telah menerima seramai empat orang guru praktikum dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,Kelantan.mereka adalah Muhammad Izzat Azri bin Zulkefely,Suhaimi bin suliman,Muhammad hafiz bin Azahar dan Ahmad Shazwan bin Abdul Wahid Shawal.Selamat datang diucapkan kepada adik-adik pelatih dari IPKB ini.Semoga anda semua dapat menimba ilmu dan pengalkaman di sini.Juga harapan daripada pihak Skkk2 semoga adik-adik pelatih akan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam manjayakan semua program yang dilancarkan oleh pihak sekolah.dalam bidang praktikum,adik-adik pelatih bolehlah mengambil pengalaman daripada guru-guru lama dan jka adik-adik mempunayai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu ,jangan lupa kongsi bersama guru-guru lama.Jika adik-adik perlukan bimbingan,jangan segan-segan untuk bertanya guru-guru yang sudah berpengalaman.Akhir sekali kami seluruh warga Skkk2 mengucapkan "Selamat datang Ke Sekolah kami dan semoga anda selesa di sini dan bersedia untuk sma-sama mencurah bakti di bumi kerian yang damai ini "....Selamat Menjalani Praktikum...


Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
 Tanggal 05 march 2012- Sk.kubang Kerian 2 telah berkenan menerima kunjungan lawatan penanda aras yang lebih menekankan kepada "Bina Insan Guru ( BIG)".Seramai 37 orang guru pelatih bersamapensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan dan program mereka di sini.Kumpulan pertama terdiri daripada 17 orang guru pelatih yang diketuai oleh En.Ishak B.Ibrahim dan En.Mohd Sahardi B.Che Harun yang merupakan pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu Kampus Kota Bharu.
Sesi pembentangan oleh Puan Pk HEM dan PKP
GPB dalam sesi soal jawab mengenai kepenggunaan ICT dalam PnP
        Kumpulan pertama ini mengikuti sesi taklimat "Gaya Kepimpinan Sekolah" yang meliputi iklim atau budaya sekolah,ciri-ciri kepimpinan sekolah dan juga infrastruktur kurikulum di sekolah.Majlis ini  dikendalikan oleh PKP Skkk2,En.Mohd Arifin B. Yaacob bersama PK HEM,Puan Halimah Bt.Abdullah Kutty dan PK Ko,Puan Hjh Rusnani Bt.Deris.Mereka bersama membentangkan corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah.Para pelatih kemudiannya diberi peluang untuk berdialog dengan para pentadbir,guru-guru dari Skuad Kecemerlangan Akademik.Para pensyarah juga tidak kurang mengambil bahagian dalam sesi dialog ini.Selepas menjamah sedikit jamuan ringan,kumpulan pertama ini melawat sekitar kiosk pembelajaran.Kiosk yang mereka lawati adalah Bilik Sains,Makmal Komputer,Pusat Akses,Bilik JQAF dan Bilik Kaunseling.Selepas itu mereka beredar ke kantin untuk bersama kumpulan ke dua yang terdiri daripada 20 orang pelatih IPGM.
         Kumpulan ke dua ini mengadakan sesi bersama murid yang merupakan "Program Khidmat Masyarakat-Fasa iii ".Di akhir majlis Tuan Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu telah berkenan menutup majlis ini dengan melahirkan rasa bangga dan puas hatinya terhadap kejayaan program yang dilaksanakan oleh para pelatihnya dan tidak lupa merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbir Sk Kubang Kerian 2 yang sudi memeberi kerjasa yang padu dalam menjayakan program ini.
Encik Ishak dan En Sahardi..pensyarah IPGM kampus Kota Bharu

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Di.Kubang Kerian 2- Tanggal 04 March 2012-Murid yang berjaya memperolihi 5A dalam UBB1 telah diberi hadiah oleh Guru Besar bag mewakili Skuad Kecemerlangan Akademik Skkk2.Murid yang berjaya dalam UBB kali ini adalah Mohd Syamil B.Noor Azman dari Tahun 6 Terbilang.Tahniah diucapkan buat Adik Syamil.Semoga dalam ujian-ujian yang akan datang akan muncul ramai lagi murid yang berjaya memperolihi kejayaan yang cemerlang.....



Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Tanggal 04 March 2012-Majlis Penyerahan Anak Angkat telah berlangsung di tapak perhimpunan Skkk2.Majlis team,an disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Skkk2  bersama Unit Kecemerlangan Akademik Skkk









Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Kubang Kerian 2_Tanggal 03 March 2012'Satu kempen Cakna Disiplin telah diadakan di bawah Unit HEM.Murid -murid telah didedahkan dengan dkslin sekolah ya go mencaki semua aspek.Mereka didedahkan dengan penerangan Disiplin oleh ketua unit did bawah Hal Ehwal Murid dan juga bilik- bilik khas.Murid-murid bergerak ke stesen-stesen yang ditetapkan untuk mendengar penerangan mengenai Disiplin dan tatacara penggunaan sesuatu templat atau bilik-bilik khas di sekolah.
Stesen 1 mengenai Disiplin umum


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.