Majlis Perjumpaan Ibubapa Murid tahun 6

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.kubang Kerian 2- Tanggal 11 Februari 2012,Satu majlis Perjumpaan Ibubapa Murid tahun 6 dengan guru-guru dan pentadbir atau Barisan Skuad Kecemerlangan Akademik telah diadakan dengan jayanya di Dewan Harmoni.Jumlah bakal calon UPSR bagi tahun ini adalah seramai 143 orang.lebih kurang 95% ibubapa yang hadir ke majlis.
     Majlis dimulakan dengan doa pembuka majlis oleh Ustaz Azman B.Mat Zin,kemudian diikuti dengan  ucapan Ybrs YDP PIBG Encik Nik Raisnan B.Hj Daud.Dalam ucapannya Encik Raisnan sangat berbesar hati dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan cemerlang Skuad Kecemerlangan Akademik yang telah berjaya melonjakkan pencapaian cemerlang calon UPSR pada tahun lepas.Beliau juga berjanji akan sentiasa memberi sokongan yang padu kepada para guru dan pihak pentadbir sekolah dalam usaha melonjakkan lagi pencapaian murid dalam UPSR nanti.Beliau juga berharap agar pihak sekolah tidak akan teragak-agak untuk berkongsi masalah atau kesusahan dengannya yang merupakan wakil daripada pihak ibubapa dalam menggembeling usaha dan tenaga ke arah kejayaan anak-anak didik Skkk2.
      Seterusnya diikuti pula dengan ucapan dan taklimat UPSR oleh Tuan Guru Besar Skkk2,Encik Ismail B.Ibrahim.Tuan Guru Besar telah membentangkan "Head Count " yang merangkumi analisis UPSR tahun 2011,target setiap mata pelajaran dann target am.Tuan Guru Besar juga telah mensasarkan jumlah pelajar yang akan mendapat 5A pada tahun ini adalah seramai 60 orang.Dengan target yang sebegini,sudah semestinya memerlukan gembelingan usaha dan tenaga yang berlipat ganda daripada guru-guru Skkk2,khususnya "Skuad Kecemerlangan Akademik Skkk2".
      Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog yang mendapat sambutan yang hangat daripada para ibubapa.Para ibubapa diberi peluang untuk bertanyakan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dalam pelajaran bersama-sama dengan guru mata pelajaran mereka.
       Perjalanan majlis dirasakan tidak lengkap tanpa adanya ceramah motivasi untuk murid-murid.Cermah motivasi telah diberikan oleh kaunselor Skkk2 yang tidak asing lagi,Encik Mohd Zaini B.Zakaria.Beliau telah banyak memberikan dorongan semangat,cara-cara membahagikan masa dengan baik dan betul,cara-cara menjaga pemakanan yang berkhasiat dan sebagainya termasuklah untuk menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat.Majlis ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan ibubapa serta murid-murid dijamu dengan sedikit juadah."Semoga majlis-majlis ilmu seperti ini akan sentiasa diteruskan bagi menaikkan semangat anak-anak didik Skkk2 ke arah kecerlangan akademik dan seterusnya bakal menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat"
Doa pembuka majlis oleh Ustaz Azman
Ucapan YDP PIBG SKKK2 Ybrs Encik Nik Raisnan Daud



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
[blogger]

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.