Thursday, November 17, 2011

Lonjakan UPSR 2011

Sk.Kubang Kerian 2-17 November,detik-detik yang dinantikan selepas berlangsungnya ujian UPSR telah tiba dan segala penantian telah berakhir dengan kegembiraan bagi seluruh warga Skkk2.Keputusan dan kecemerlangan UPSR 2011 telah meningkat dengan agak baik.Seramai 47 orang telah memperolihi keputusan 5A,manakala 24 orang lagi memperolihi 4A.
Saat-saat menerima slip peperiksaan...gembira dan terharu...
Ibu sama berkongsi kejayaan...
Kaum bapa juga tidak ketinggalan untuk berkkongsi kejayaan dengan anak-anak.
Tahniah!!!!
Doa...tanda kesyukuran atas kejayaan....
   Majlis penyampaian slip keputusan UPSR telah berlangsung jam 11.00 pagi di mana ianya dihadiri oleh calon-calon UPSR bersama ibu atau bapa masing-masing.Jelas terpancar kegembiraan di wajah masing-masing bila menerima kejayaan ini.Majlis ini juga dihadiri oleh En.Zaidi B.Abdullah wakil PPD Kota Bharu yang juga merupakan bapa angkat kepada calon-calon UPSR sekolah ini.Encik Zaidi begitu gembira dengan kejayaan yang diperolihi ini dan turut mengucapkan tahniah kepada murid-murid dan guru-guru,ibubapa dan juga pihak pentadbir sekolah.Penyampaian fail peribadi murid juga telah diadakan di penghujung majlis ini.
Seramai 47 orang pelajar cemerlang bergambar kenangan sejurus selepas menerima slip UPSR bersama guru-guru Tahun 6 dan PKP Skkk2
Calon-calon yang mendapat 4A juga tidak melepaskan peluang bergambar kenangan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...