November 2011

Sk.Kubang Kerian 2-17 November,detik-detik yang dinantikan selepas berlangsungnya ujian UPSR telah tiba dan segala penantian telah berakhir dengan kegembiraan bagi seluruh warga Skkk2.Keputusan dan kecemerlangan UPSR 2011 telah meningkat dengan agak baik.Seramai 47 orang telah memperolihi keputusan 5A,manakala 24 orang lagi memperolihi 4A.
Saat-saat menerima slip peperiksaan...gembira dan terharu...
Ibu sama berkongsi kejayaan...
Kaum bapa juga tidak ketinggalan untuk berkkongsi kejayaan dengan anak-anak.
Tahniah!!!!
Doa...tanda kesyukuran atas kejayaan....
   Majlis penyampaian slip keputusan UPSR telah berlangsung jam 11.00 pagi di mana ianya dihadiri oleh calon-calon UPSR bersama ibu atau bapa masing-masing.Jelas terpancar kegembiraan di wajah masing-masing bila menerima kejayaan ini.Majlis ini juga dihadiri oleh En.Zaidi B.Abdullah wakil PPD Kota Bharu yang juga merupakan bapa angkat kepada calon-calon UPSR sekolah ini.Encik Zaidi begitu gembira dengan kejayaan yang diperolihi ini dan turut mengucapkan tahniah kepada murid-murid dan guru-guru,ibubapa dan juga pihak pentadbir sekolah.Penyampaian fail peribadi murid juga telah diadakan di penghujung majlis ini.
Seramai 47 orang pelajar cemerlang bergambar kenangan sejurus selepas menerima slip UPSR bersama guru-guru Tahun 6 dan PKP Skkk2
Calon-calon yang mendapat 4A juga tidak melepaskan peluang bergambar kenangan....

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 16 November 2011,Satu majlis Makan Tengah Hari telah diadakan di Restoren Syam sempena tamatnya sesi persekolahan bagi tahun 2011.majlis makan tengah hari ini dihadiri oleh staf akademik,bukan akademik,staf sokongan dan juga AJK PIBG Skkk2.
    Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan makan bersama-sama,kemudian di akhiri dengan ucapan atau mandat perpisahan daripada Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim.Tuan Guru Besar telah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sumbangan guru-guru Skkk2 dalam merealisasikan dan juga ko kurikulum di Sk.Kubang Kerian 2.Segala jasa bakti yang guru-guru dan kakitangan serta jawatankuasa PIBG sumbangkan selama ini amat dihargai dan semoga mendapat  ganjaran yang berlipat ganda dari Allah Azzawajalla.Akhir sekali hayatilah bait-bait pantun khas ditujukan kepada seluruh warga Skkk2:

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik 

Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa 

Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut 

Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi


Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang

sedang mendengar ucapan drp GB...makanan dah habissss
Salam perpisahan....Selamat bercuti!!!...
Sempat posinggggg
AJK PIBG Skkk2...
Sembang-sembang...
Tak melepaskan peluang...bergambar bersama guru yang telah bertukar...Pn.Noor Hasni
Sempat begambar kenangan bersama Pn.Noor hasni dan mantan PK HEM Pn.Kamariah...


Sk.Kubang Kerian 2,Tanggal 14 November 2011-Satu majlis persaraan telah diadakan di Dewan Harmoni Sk.Kubang Kerian 2 bagi meraikan persaraan Puan PK Ko,Puan Hjh Wan Fatimah Bt. Che Mohamed yang telah menaburkan jasa bakti di sekolah ini selama lebih kurang 2 tahun.Beliau telah melapor diri di sekolah ini pada 1 Januari 2010 dan berakhir pada detik-detik persaraannya pada 23 Disember 2011 nanti.Majlis maraikan persaraan beliau diadakan lebih awal memandangkan sesi persekolahan 2011 akan berakhir pada 17 November nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.