Wednesday, September 7, 2011

Majlis Solat Hajat Perdana & Ceramah Motivasi


 Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 07 September 2011, majlis solat hajat perdana telah berjaya disempurnakan sebagaimana yang telah dirancangkan meskipun hujan turun dengan agak lebat.Para ibubapa,murid-murid dan guru-guru Skkk2 berjaya menaikan solat magrib berjemaah,diikuti solat hajat, bacaan yasin dan seterusnya solat isyak berjemaah.Majlis tetap berjalan lancar meskipun butiran hujan turun agak kasar,membasahi bumi kerian yang damai ini.Kesemua fenomena tersebut tidajk menghalang perjalanan majlis pada malam ini.

         Majlis kemudiaanya disusuli dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Abd Hadi B.Mat Junoh,Penyelia Pelajaran Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Kelantan.Beliau banyak menyuntik semangat dan motivasi ke arah menggerakkan bakal calon agar lebih bersemangat dan menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada dengan sebaik mungkin.Beliau juga banyak memberi perangsang dan kesedaran bahawa "Kejayaan di dalam peperiksaan ini adalah suatu harapan ibubapa dan juga pihak sekolah.Calon UPSR adalah merupakan lambang kejayaan sekolah dan ibubapa.Kejayaan anda dalam peperiksaan nanti akan dapat mengharumkan nama ibubapa dan juga sekolah".Di samping itu,Ustaz Abd Hadi berpesan agar semua calon UPSR akan sentiasa menjaga solat,akhlak,taat kepada dua ibubapa,guru-guru dan sentiasa berpegang kepada  suruhan Allah di dalam menjalani kehidupan seharian.Apalah gunanya kita berpendidikan tinggi sekiranya akhlak dan ketaatan kita kepada Maha Pencipta berada di tahap yang paling bawah.Untuk itu,marilah sama-sama kita mengejar kejayaan di dunia ini yang merupakan jejambat  bagi kita untuk  menuju ke alam yang baqa."Sama-sama kita berusaha untuk kejayaan di dunia dan akhirat......Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah Azzawajalla." 
Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim sedang memberi taklimat ringkas...
Ustaz Abd Hadi Mat Junoh dalam sesi ceramah motivasinya...
sesi ceramah motivasi...anak-anak bersama ibubapa...
beri perhatian penuh pada sesi ceramah motivasi....





Sesi "Anak bersama ibubapa".....
 Sedih dan syahdu ........menghayati isi kandungan ceramah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...