Saturday, August 20, 2011

Majlis Penyampaian Zakat dan Wang Hari Raya

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 21 Ogos 2011,satu Majlis Penyampaian Zakat dan Wang Hari Raya telah disempurnakan di sini.Majlis telah dirasmikan  oleh Yang Dipertua PIBG Skkk2,Encik Nik Raisnan B. Daud.Seramai 50 orang murid telah menerima sumbangan daripada Bank Rakyat dan seramai 63 orang yang layak telah diberikan sumbangan oleh pihak sekolah.Kriteria yang melayakkan mereka dipilih adalah berdasarkan faktor keluarga yang agak kekurangan daripada segi sosio ekonominya.
         Dalam ucapannya,Encik Nik Raisnan  telah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terpilih dan tidak lupa juga ucapan terima kasihnya  kepada Bank Kerjasama Rakyat,ibubapa,warga guru dan juga murid-murid yang telah memberikan sumbangan.Dengan sumbangan yang diberikan inilah,dana untuk majlis hari ini telah berjaya dikumpul,seterusnya dapat disempurnakan majlis penyampaian zakat dan duit raya kepada murid-murid yang terpilih ini.Walaupun sumbangan ini tidak seberapa,namun diharapkan murid-murid yang menerimanya  dengan hati yang ikhlas dan penuh kesyukluran.
          Majlis ini juga dilihat sebagai sedekah jariah warga Skkk2 bersama Bank Kerjasama Rakyat sempena Ramadhan Al Mubarak ini.Jua ianya merupakan salah satu program "Ihya Ramadhan".Semoga dengan adanya program-progranm sebegini,akan dapat mempertingkatkan amalan para warga Skkk2 dalam "perlumbaan mencari kebaikan" di bulan yang mulia ini.Sesungguhnya "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai.Tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan (ingatlah),Allah Maha Luas (rahmat) KurniaNya,lagi meliputi ilmu pengetahuanNya"- Surah Al-Baqarah:261



Para ibubapa dan murid sedang mendengar ucapan daripada YDP PIBG




YDP PIBG,Tuan Guru Besar dan Puan PK HEM...
 Penyampaian wang zakat....
Penyampaian tandahati daripada Tuan Guru Besar kepada YDP PIBG En.Raisnan Daud
Terima kasih.......semoga beroleh keberkatan buat semua :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...