August 2011

Sk.Kubang Kerian 2-Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim,mewakili semua warga guru dan kakitangan sekolah,dengan ini mengucapkan  "Selamat Hari Raya" kepada semua murid dan ibubapa Skkk2...."Maaf Zahir dan Batin"

sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan

Sk.Kubang Kerian 2: Selamat Menduduki Ujian Pra-UPSR 2011 pada 23,24 dan 25 Ogos 2011 kpd murid-murid tahun enama yg merupakan bakal calon UPSR 2011.Buatlah yang terbaik...jaga kesihatan dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan penuh semangat dan hati-hati....Semoga beroleh kejayaan :)

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 21 Ogos 2011,satu Majlis Penyampaian Zakat dan Wang Hari Raya telah disempurnakan di sini.Majlis telah dirasmikan  oleh Yang Dipertua PIBG Skkk2,Encik Nik Raisnan B. Daud.Seramai 50 orang murid telah menerima sumbangan daripada Bank Rakyat dan seramai 63 orang yang layak telah diberikan sumbangan oleh pihak sekolah.Kriteria yang melayakkan mereka dipilih adalah berdasarkan faktor keluarga yang agak kekurangan daripada segi sosio ekonominya.
         Dalam ucapannya,Encik Nik Raisnan  telah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terpilih dan tidak lupa juga ucapan terima kasihnya  kepada Bank Kerjasama Rakyat,ibubapa,warga guru dan juga murid-murid yang telah memberikan sumbangan.Dengan sumbangan yang diberikan inilah,dana untuk majlis hari ini telah berjaya dikumpul,seterusnya dapat disempurnakan majlis penyampaian zakat dan duit raya kepada murid-murid yang terpilih ini.Walaupun sumbangan ini tidak seberapa,namun diharapkan murid-murid yang menerimanya  dengan hati yang ikhlas dan penuh kesyukluran.
          Majlis ini juga dilihat sebagai sedekah jariah warga Skkk2 bersama Bank Kerjasama Rakyat sempena Ramadhan Al Mubarak ini.Jua ianya merupakan salah satu program "Ihya Ramadhan".Semoga dengan adanya program-progranm sebegini,akan dapat mempertingkatkan amalan para warga Skkk2 dalam "perlumbaan mencari kebaikan" di bulan yang mulia ini.Sesungguhnya "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai.Tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan (ingatlah),Allah Maha Luas (rahmat) KurniaNya,lagi meliputi ilmu pengetahuanNya"- Surah Al-Baqarah:261



Para ibubapa dan murid sedang mendengar ucapan daripada YDP PIBG




YDP PIBG,Tuan Guru Besar dan Puan PK HEM...
 Penyampaian wang zakat....
Penyampaian tandahati daripada Tuan Guru Besar kepada YDP PIBG En.Raisnan Daud
Terima kasih.......semoga beroleh keberkatan buat semua :)



 Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2- Sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini,seawal 1 Ogos 2011 Unit Agama Islam dan JQAF Skkk2 telah menghidupkan Ramadhan al -Mubarak dengan pengisian-pengisian yang sangat berguna buat mendidik rohani para pelajar di sini.Program ini dimulakan dengan ceramah " Meneghidupkan Ramadhan " pada 01 Ogos 2011 oleh Dr.Shaarani dari Institut Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM ) Kampus Kota Bharu.Diteruskan pada hari-hari dan minggu-minggu berikutnya dengan tadarrus al quran pada waktu rehat tahap 1 dan rehat tahap 2.Semua murid akan bertadarrus bersama dengan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang telah ditetapkan mengikut giliran.

       Menurut penyelaras JQAF,Ustaz Mohd Zaki B.Yaakob,sasaran tadarrus  ini adalah sehingga tamat juzuk amma bagi semua murid sepanjang ramadhan ini.Selain daripada ceramah dan tadarrus,satu "Tabung Ramadhan" telah dilancarkan di mana murid-murid dan guru-guru digalakkan bersedekah sepanjang bulan ini,memandangkan pahala yang diperolihi sepanjang Ramadhan ini adalah berganda.

       "Dengan adanya program sebegini,moga-moga dapat meningkatkan lagi pencapaian penguasan al quran daripada segi fusahah dan tajwidnya,sekaligus dapat mendidik rohani para pelajar Skkk1 ke arah yang lebih jernih".Demikian ujar Pn.Halimah Bt.Abdullah Kkutty selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Skkk2.


Ceramah Penghayatan Ramadhan oleh Dr.Shaarani....


Murid-murid Skkk2 mengambil bahagian yang aktif dalam sesi soal-jawab...



cuba jawab.....jangan malu-malu...


Majlis tadarrus al quran sedang berjalan


Tabung Ramadhan.



                                             "Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan"

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal  7 Ogos 2011,Satu taklimat ringkas SPPBS ( sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) telah diadakan di Makmal Mozilla oleh Setiausaha Peperiksaan Skkk2,En.Azharan B.Hussein..Semua guru Tahun 1 terlibat dalam taklimat ini.Mereka telah diberi ID pengguna masing-masing dan dipandu oleh SUP bagi mengisi data dan hasil pentaksiran murid-murid secara online ini.Penolong Kanan Pentadbiran turut sama dalam majlis ini.Semoga dengan latihan-latihan sebegini akan memantapkan pengetahuan dan kecekapan para guru dalam mengisi data-data secara online.Tahniah diucapkan kepada semua personal yang terlibat.
"Sekolahku....Satu Harapan ......Satu  Kejayaan"



penerangan oleh setiausaha peperiksaan,En.Azharan Hussein   



pengisian data SSPBS oleh guru-guru Tahun 1



asyik ....isi...jangan tak isi



PKP turut serta dalam sesi taklimat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.