Sunday, June 26, 2011

Hadiah Galakan Kecemerlangan Kokurikulum


Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan...
 Sk.Kubang kerian 2-Tanggal 25 Jun 2011 Pk kokurikulum,Puan Hjh Wan Fatimah telah bermurah hati untuk menyampaiakan hadiah-hadiah kecemerlangan kokurikulum kepada murid-murid yang memperolihi kejayaan dalam bidang kokurikulum dan juga koakedemik.Dalam pertandingan bercerita peringkat QIT Peringat yang diadakan pada 13 Jun 2011 baru-baru ini,Sk Kubang Kerian 2 telah memperolihi tempat ke dua dengan diwakilkan oleh Adik Nurul Shazwani Bt.Noorazli dari Tahun 6T.Beliau akan mewakili QIT ke peringkat PPD.
Adik Nurul Shazwani sedang memperdengarkan cerita yang melayakkan beliau bergelar juara
 Adik Nurul Shazwani sewaktu menerima hadiah daripada Puan PK kokurikulum
Bagi katogeri pidato pula,Sk Kubang kerian 2 telah mendapat tempat ketiga bagi dalam QIT Peringat.katogeri Public speaking pula mendapat tempat ke tiga dalam QIT Peringat.Beliau ialah Adik Wan Sarah Zainina Bt Wan Zahiruddin.
                                                      Adik wan Sarah Zainina bersama hadiah yang dimenanginya
                         PKP bersama para pemenang pertandingan essei Bahasa Inggeris
 Selain daripada hadiah-hadiah tersebut,Puan Pk ko juga telah menyampaikan hadiah galakan membaca menerusi pertandingan menulis esei sempena hari guru dalam Bahasa    inggeris yang telah dianjurkan oleh panitia Bahasa Inggeris.Turut diberi penghargaan ialah para peserta Perkhemahan Satu malaysia yang telah diadakan di Pulau Beluru,Tumpat,Kelantan.
                      Terima kasih diucapkan kepada para pemenang dan juga kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga jabatan pelajaran Kelantan .Semoga aktiviti-aktiviti sebegini akan memantapkan lagi pencapaian murid dalam bidang kokurikulum,koakademik dan juga tanpa mengabaikan akademik.
        
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...