Wednesday, May 18, 2011

Sekitar majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan

Skkk2,18 Mei 2011-satu Majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan telah diadakan di Dewan harmoni dengan dihadiri oleh lebih kurang 150 orang ibubapa dan 168 orang calon UPSR.majlis berjalan seperti yang dirancang.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki,diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar,En.Ismail B.Ibrahim.Dalam ucapannya,Tuan Guru Besar telah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh para ibubapa dalam menjayakan program yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah.
      Tuan Guru Besar turut membentangkan keputusan UBB2 yang baru saja dilalui oleh calon-calon UPSR.Beliau juga telah membentangkan program yang dirancang khas oleh Unit Kecemerlangan Akademk Skkk2,yang telah,sedang dan akan dijalankan oleh pihak sekolah.
      Seterusnya,majlis dikendalikan oleh motivator tersohor,Puan Noor hayati Yaacob dari Sk.Seri Melor.dalam slot motivasi yang dikendalikan oleh Puan Nor hayati ini,menampakkan kesan yang mendalam di jiwa anak-anak dan juga para ibubapa.Slide show yang dibentangkan oleh puan Nor hayati amat menarik sekali.saya suka memetik kata-kata Puan Nor Hayati "Insan yang berjaya adalah insan biasa yang berusaha luar biasa".
       Seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan Ikrar-akujanji UPSR.Murid-murid berikrar di saksikan oleh para ibubapa masing-masing untuk belajar bersungguh-sungguh demi mancapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.Sebelum menutup tirai majlis,Sesi Dialog UPSR di kelas telah diadakan di kelas-kelas Tahun 6.Di sini,ibubapa telah diberi peluang untuk berdialog dengan guru-guru Kelas tahun 6.Mereka telah diberi peluang untuk bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak masing-masing juga cadangan-cadangan yang membina boleh diutarakan kepada guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.Sebagai pembasah tekak dan penghilang haus,para ibubapa dan murid-murid Tahun 6 telah dijamu dengan sedikit juadah.Semoga majlis-majlis perjumpaan para ibubapa dan murid-murid tahun 6 akan dapat diteruskan lagi bagi siri-siri seterusnya dengan jayanya....
 "Bersama kita semarakkan dunia pendidikan dengan penuh keazaman,kerana dengan keazaman yg tinggi disertai dengan usaha yang gigih,dapat membantu anak-anak kita mengorak langkah ke arah kecemerlangan akademik dan akhlak"

                Ucapan Tuan Guru Besar Skkk2 serta pembentangan keputusan UBB2 dan program UPSR 
            PK HEM,Cikgu Roslan dan Cikgu Zaini ( Kaunselor Skkk2) khusyuk mendengar ceramah...     
sesi dialog ibubapa-guru mengikut kelas tahun 6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...