April 2011

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan

   KONSEP PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:
Kategori sekolah rendah; dan
Kategori sekolah menengah.
Peserta (solo atau berkumpulan) perlu menghasilkan skrip serta sebuah lakonan pendek (minimum lima [5] minit dan maksimum tujuh [7] minit).
Setiap skrip yang dihasilkan perlu berdasarkan isi kandungan daripada 100 judul buku Sains Matematik yang diterjemahkan oleh ITNM. Setiap skrip perlu membabitkan minimum dua buku (buku Sains atau buku Matematik) atau maksimum lima buku Sains atau Matematik.
Bahasa yang digunakan untuk skrip dan lakonan adalah dalam bahasa Melayu.
Lakonan perlu dirakamkan dengan menggunakan sebarang peralatan rakaman (kamera video, kamera digital (mod video), telefon, komputer, dan sebagainya).
Skrip perlu dihantar ke ITNM melalui e-mel (dengan menyatakan senarai judul buku yang dipilih sebagai rujukan skrip), manakala rakaman lakonan perlu dimuat naik ke laman YouTube dan dibuat pautan ke laman Facebook rasmi ITNM, www.facebook.com/klikITNM.
Penyertaan boleh terdiri daripada minimum seorang atau secara berkumpulan yang terdiri daripada maksimum 4 orang.
Setiap sekolah dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki. Setiap penyertaan mesti disahkan oleh pihak sekolah. Bagaimanapun, setiap penyertaan bagi setiap sekolah perlu membabitkan penggunaan buku yang berbeza.


CABAR KREATIVITI DAN REBUT PELUANG MENANGI WANG TUNAI RM130,000!

Kategori Sekolah Rendah
Hadiah Pertama RM15,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM12,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.

Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Pertama RM20,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM15,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.


SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN KREATIF SAINS & MATEMATIK KEBANGSAAN 2011
(Boleh muat turun syarat dan peraturan penyertaan di sini)
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada seorang atau sekumpulan dengan maksimum empat orang.
Penyertaan hendaklah dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Setiap penyertaan hendaklah dalam durasi minimum lima (5) minit dan maksimum tujuh (7) minit.
Rakaman boleh dibuat dalam apa juga medium yang sesuai dan jelas untuk proses pengadilan. Contoh: Rakaman menggunakan kamera video, kamera digital (mod video), telefon bimbit atau komputer.
Setiap rakaman hendaklah dimuat naik ke laman www.youtube.com dan dipautkan ke laman Facebook ITNM di www.facebook.com/klikITNM.
Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan salinan skrip, lengkap dengan senarai buku yang digunakan sebagai rujukan dalam menghasilkan rakaman.
Setiap skrip perlu menggunakan minimum tiga buku daripada mana-mana koleksi 100 judul buku Sains dan Matematik terjemahan ITNM (sila klik di di sini untuk merujuk katalog khas).
Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kandungan sains dan matematik (berkaitan dengan buku), penyampaian yang kreatif dan konsep yang sesuai.
Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang dimuat turun dari laman web ITNM (sila klik di sini) dan mengisi surat aku janji dengan memuat turun di sini.
Borang penyertaan dan setiap rakaman hendaklah disahkan oleh pengetua/guru besar sekolah lengkap dengan cap rasmi.
Borang yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak memenuhi syarat dan peraturan akan terbatal secara automatik.
Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan mestilah menggunakan buku yang berbeza.
Setiap peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan serta keputusan pihak penganjur.
Pihak penganjur berhak menggunakan gambar, nama, alamat, rakaman, dokumen, temu bual dan sebarang bentuk maklumat tentang peserta dan pemenang untuk tujuan pengiklanan, promosi dan terbitan dari semasa ke semasa.
Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
Hadiah yang ditetapkan tidak boleh ditukar ganti dan segala urusan berkaitan selepas penerimaan hadiah adalah tertakluk kepada pemenang.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Jun 2011.
Bagi mereka yang berminat untuk memasuki pertandingan ini,sila berhubung dengan Penolong Kanan Pentadbiran untuk mendapat keterangan yang lanjut .....Harap Maklum 

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 21 April 2011 - Berita mengenai persaraan mantan Guru Besar Skkk2 telah dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan yang bertarikh 21 April 2011.Guru-guru dan murid-murid Skkk2 sangat gembira menatap bait demi bait ayat yang dinukilkan di dada akhbar itu.Terima kasih diucapkan kepada wartawan Sinar Harin,En.Hashim Latif kerana telah mengambil inisiatif memuatkan berita ini ke dada akhbar.
keratan akhbar Sinar Harian yg bertarikh :21 April 2011

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 14 APRIL 2011,Satu perjumpaan ringkas telah di adakan di Bilik Gerakan Skkk1 bersama GB baru.Dalam pertemuan ringkas ini,GB meminta agar semua guru di Skkk2 memberi kerjasama yang padu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa di Skkk2 ini.Tanpa kerjasama dari semua guru,maka mustahil bagi GB seorang dapat mencapai matlamat,misi dan visi sekolah.Oleh itu,semua pihak perlulah berganding bahu ke arah menyempurnakan matlamat,misi dan visi sekolah ....
GB dalam mesyuarat pertama bersama guru-guru Skkk2
sebahagian drp guru-guru lelaki 
sebahagian drp guru-guru wanita...

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 14 April 2011 Skkk2 telah dipantau oleh Pusat kegiatan Guru Kota dalam rangka lawatan atau Khidmat Bantu PKG terhadap sekolah-sekolah di bawah seliaannya.Dalam lawatan tersebut dua orang pegawai PKG,En.Zulkifli dan En Faizal M.Noor serta seorang jurutekniknya telah menyempurnakan tugas mereka dengan memulakan lawatan di makmal komputer,kemudian beralih ke Pusat Akses,seterusnya ke Pusat Sumber Sekolah.Dalam rangka lawatan / pemantauan itu,kedua orang pegawai PKG ini melahirkan rasa puas hatinya terhadap persediaan yang telah dibuat dan memuji usaha Unit ICT Skkk2 yang telah bekerja keras untuk sama-sama menggemilangkan ICT Skkk2 sebagaimana yang diharapkan oleh mantan GB Skkk2 dan seterusnya cita-cita ini disambung pula oleh GB baru kami.En. Zulkifli menyarankan kepada GPB dan Guru Besar agar sekolah ini meneruskan usaha hingga ICT di sekolah ini mencapai 5 bintang dalam SSQS nanti.....
Persiapan AJK ICT ke arah pembudayaan ICT  
sesi soal jawab pegawai PKG Kota...
Pemantauan di Pusat Akses ...
pastikan semua sambungan internet ok...

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
 Detik 10 April  2011 merupakan hari pertama bagi Tuan Guru Besar  bertugas secara rasmi di Skkk2.Buat kali pertamanya Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim telah menyertai  sesi perhimpunan Perhimpunan ini dimulakan seawal jam 7.45 pagi .Antara pengisian perhimpunan ini,Tuan Guru Besar telah diperkenalkan kepada murid-murid Skkk2.Nampaknya beliau begitu teruja menyaksikan persembah nyanyian dalam Bahasa Inggeris oleh murid-murid Tahun 2.Mereka begitu fasih menyebut lirik dalam bahasa Inggeris..Tuan Guru Besar telah mengucapkan tahniah kepada jurulatih dan ketua panitianya Puan Ariza.Dalam perhimpunan itu juga sempat jua Tuan Guu Besar  saksikan bagaimana guru agama,Puan Asliza Hassan bertutur dalam bahasa Arab dengan murid-murid di sini.
       Dalam ucapan pertamanya di hadapan murid-murid di sini,sempat jua Tuan Guru Besar memperkenalkan dirinya dan juga sedikit sebanyak mengenai biodatanya  kepada mereka.Beliau begitu gembira melihat murid-murid memberi perhatian pada apa yang sedang  diperkatakan olehnya dalam majlis tersebut.
     Selepas sesi perhimpunan selesai,Tuan Guru Besar telah  meminta agar Penyelaras Bestari sekolah,mengikut beliau  mengambil gambar sekitar kawasan sekolah.Bukannaya apa.Hanya sekadar meninjau kawasan sekolah yang baru dikepalai ini.Sekurang-kurangnya dapat jua beliau lihat dengan mata dana kepalanya  sendiri apa yang berlaku di persekitaran kawasan sekolah."Selamat Menjalankan Tugas Di sini" kepada Tuan Guru Besar.
Ucapan pertama Tuan Guru Besar dalam perhimpunan
Sesi memperkenalkan diri kepada murid-murid

Tuan Guru Besar sedang meninjau persekitaran sekolah

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
       Tanggal 07 April 2011,satu majlis sambutan Tuan Guru Besar Skkk2 telah disempurnakan.Ketibaan rombongan dari Sk.Seri Melor telah disambut dengan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah.Murid-murid berdiri dalam barisan sambil mengucapkan selamat datang kepada Tuan Guru Besar,En.Ismail B.Ibrahim.Beliau telah dihantar oleh wakil guru yang menjadi tonggak Sk.Seri Melor seramai lebih kurang 20 orang.Rombongan dari Sk.Seri Melor membawa 5 dulang sebagai ole-ole kepada Skkk2,manakala Skkk2 telah membalas dengan 5 buah par juga.
       Tuan Penolong Kanan Pentadbiran Skkk2, En.Arifin telah mengucapkan selamat datang kepada En.Ismail dan semoga beliau akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini.En.Arifin berucap sebagai mewakili  para guru di sini  menyatakan bahawa kami sedia memberi kerjasama yang padu  kepada Tuan Guru Besar dan berharap agar Tuan Guru Besar jua akan dapat bekerjasama dengan anak-anak buah di sini.kami di sini sangat-sangat mengharapkan pimpinan yang mantap,telus,dan saksama sebagaimana yang pernah dilakukan oleh mantan GB kami.
          Sebagai ucapan balas,Tuan Guru Besar berjanji akan menyahut seruan dan mengisi ruang-ruang di hati guru-guru dan anak-anak didik di Skkk2.Beliau berjanji akan sentiasa bekerjasama dengan guru-guru di sini dalam memartabatkan pendidikan di Skkk2.
Ktibaan Gb baru diiringi oleh Tuan PKP dan PK HEM serta rombongan dari Sk.Seri Melor

Gb bersalaman dengan murid-murid Skkk2.....
GB sedang diarak ke Bilik Gerakan
Ucapan sulung dari Tuan Guru Besar baru kami....
Ucapan selamat datang dan selamat PKP Skkk2
sempat jua perhatikan......dari tingkat 1...

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Satu majlis sambutan  Guru Besar Skkk2 akan diadakan pada 07 April 2011.Tuan Guru Besar yang akan diraikan ini adalah bagi menggantikan Tuan Hj.Che Zaudin B.Che Ismail yang telah menamatkan perkhidmatannya di sini pada 31 march 2011 baru-baru ini.Selamat datang diucapkan kepada guru besar kami yang baru.Kepada yang baru datang" Selamat datang kami ucapkan dan semoga Tuan akan selesa bersama kami di sini.Kami semua sedang menunggu sebuah pimpinan dan bimbingan dari seorang guru besar,memandangkan kami baru sahaja kehilangan guru besar yang sangat kami kasihi.Apa pun jua,kami kan sentiasa akur dengan resam dunia ...."Tiap pangkal ada hujungnya,tiap yang mula ada akhirnya dan tiap pertemuan,ada perpisahan.Namun,perpisahan dengan Tuan Guru Besar kami yang sangat kami sayangi dan kagumi kerdebalitinya ini,cukup membuatkan kami rasa kehilangan sebutir mutiara.....Kami kehilangan dahan tempat untuk berpaut....Harapan kami semua semoga Tuan Guru Besar baru yang akan kami raikan besok,dapat memenuhi ruang-ruang hati kami yang kosong dan butuhkan pimpinan yang adil lagi saksama ini akan terlaksana jua.kami sentiasa akan memberi kerjasama yang padu kepada pimpinan tuan nanti sebagaimana yang telah kami berikan kepada Tuan Hj.Che Zaudin dahulu."Patah tumbuh,hilang berganti,moga yang baru datang sama dengan yang baru pergi"...... Itulah harapan kami.
Sewaktu melakar kenangan bersama mantan GB kami.....
Moga ruang-ruang yang kosong di hati kami bisa diisi oleh GB baru ....

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 6 April 2011,satu festival nasyid peringkat QIT Peringat telah diadakan di  Sk.Lundang.Sebanyak 9 buah sekolah telah berentap dan beradu nasib.Semua peserta yang mewakili sekolah masing-masing telah menunjukkan persembahan yang terbaik.Apa pun,sudah menjadi adat pertandingan,ada yang menang dan ada yang kalah.Pasukan nasyid skkk2 yang lebih dikenali dengan Kumpulan Ahyana Solehah telah mendapat tempat ketiga.Tempat ke dua telah disandang oleh Sk.Zainab 1,manakala johan telah disandang oleh Sk.Llundang yang merupakan juara bertahan.Tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid "Ahyana Solehah " Skkk2 yang telah mengharumkan nama sekolah.Sekalung tahniah jua diucapkan kepada para jurulatihnya,Ustazah Zainun,Ustazah Asliza,Ustazah Hanani,Ustaz Zaki ,FT 17 Faizul Afzan dan juru mekap Cikgu Norhayati.Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada para jurulatih ini  yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan dan latihan serta tunjuk ajar kepada Kumpulan Ahyana Solehah.Semoga Kumpulan Nasyid Ahyana Solehah akan muncul juara suatu masa nanti....Teruskan usaha murni ini.
Kumpulan nasyid Ahyana Solehah yang mendapat tempat ke tiga peringkat QIT Peringat
Debaran...sewaktu menunggu keputusan diumumkan....
Tekun menjalani latihan...di Makmal Komputer Skkk2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.