Tuesday, March 1, 2011

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 2 March 2011 satu sambutan maulidurrasul telah diadakan di Skkk2.Dimuklakan dengan perhimpunan sewal jam 8.00 di kantin sekolah dengan taklimat yang diberikan oleh Cikgu Roslan Majid mengenai  tatacara dan peraturan perbarisan maulidurrasul.Perarakan maulidurrasul yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W telah berkumandang dengan begitu syahdu dan penuh semangat oleh warga Skkk2.Perarakan ini telah diketuai oleh Tuan Guru Besar dan juga guru-guru lelaki yang sudah semestinya jumlah mereka yang lebih sedikit berbanding dengan guru-guru perempuan.
            Acara masak-memasak sudah tidak asing lagi di kalangan guru-guru perempuan.Guru-guru lelaki juga tidak kurang menghulurkan sumbangan dalam kerja-kerja masak-memasak ini.
Bagi guru-guru perempuan yang ditugaskan di dapur,terus setia dengan kerja-kerja mereka sehinggalah menghasilkan gulai kawah sebanyak empat kawah.Bagi yang ditugaskan menyediakan minuman,terus saja dengan kerja-kerja mereka.Begitu juga dengan petugas-petugas stesen jamuan murid,setia menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
         Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ceramah maulud bagi murid Tahap 2,manakala murid-murid Tahap 1 telah menyertai peraduan mewarna secara beramai-ramai di kantin.
         Setelah melalui acara-acara yang telah dirancang,tibalah pula  saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh para murid dan juga guru-guru Skkk2.Jam 12.15 tengah hari semua warga Skkk2 telah dijamu dengan juadah yang istimewa,hasil masakan dan kerjasama para guru dan kakitangan Skkk2.Guru besar telah melahirkan rasa gembira dan puas hatinya terhadap perjalanan majlis pada hari ini.Semoga majlis-majlis yang dirancang pada masa-masa akan datang akan bejalan dengan jayanya sebagaimana hari ini.Jua tidak lupa sama-sama kita mensyukuri di atas nikmat pemberian Allah yang tidak terhingga dan juga nikmat Islam yang telah diperjuangkan oleh para ambia dan musrsalin.Semoga dengan memperingati perjuangan junjungan besar kita,dapat kita hayati sejenak,betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam Islam dan dapat mengamalkan cara hidup Islam dengan senang,tanpa pertumpahan darah,kerana apa yang kita dapat hari ini,adalah hasil dari jerih payah para ambia dan syuhada..........."Sama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad" S.A.W.........
ucapan sempena maulud nabi oleh Guru Besar,Tn.Hj.Che Zaudin Ismail
Kumpulan selawat yang diketuai oleh Tuan Guru Besar.........
Selawat......murid-murid khusyuk berselawat...
bahagian dapur
goreng ayam......tukang masak handalan...Cg.Rabiah dan Cg Mek Yas...
Cikgu Norhasni dan Cg.Wan Zurina....setia di kawah gulai.....
petugas untuk minuman.....

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...