Wednesday, March 30, 2011

Majlis Persaraan Guru Besar Skkk2

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 31 Mac genaplah sudah 35 tahun 2 bulan perkhidmatan Tuan Hj.Che Zaudin B.Che Ismail dalam arena perguruan.hari ini beeliau telah melangkah ke arena persaraan.Satu majlis yang penuh gilang gemilang telah diadakan sempena meraikan persaraan Tuan Guru Besar Skkk2.majlis dimulakan dengan penyerahan tugas guru besar kepada pemangkunya PKP,En.Ariffin B.Yaakob.Tepat jam 8.30 pagi Tuan Guru Besar telah dibawa oleh pasukan perarakan dan kompang sekolah ke Dewan Harmoni Skkk2.Beliau bersama para guru dan murid-murid Skkk2 telah dipertontonkan sebuah slide show rentetan dan sejarah perkhidmatan beliau sejak awal pembabitan beliau dalam dunia perguruan.Dalam ucapan terakhirnya,Tuan Guru Besar telah mengucapkan selamat maju jaya selalu kepada semua murid Skkk2 dan juga guru-guru di sini.Beliau melahirkan rasa sebak dan pilunya untuk meninggalkan Skkk2 ini lantaran sudah begitu serasi dengan situasi dan iklim yang kondusif di sini.Harapan Tuan Guru Besar semoga prestasi sekolah ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun.Tuan Guru Besar telah diberikan pelbagai hadiah yang istimewa oleh guru-guru dan murid-murid.Beliau begitu terharu dengan penghargaan yang telah diberikan.
         Tuan guru besar telah diarak dari sekolah ke rumah beliau dengan menaiki beca roda tiga.Beliau diiring dengan paluan kompang.Sesampainya beliau ke rumah,semua guru dan kakitangan sekolah telah dijamu dengan juadah yang istimewa.
Punch akhir Tuan Guru Besar Skkk2 disaksikan oleh PKP,PK HEM,PK KO dan Guru Kaunseling
Gb sedang menyerahkan tugas kepada PKP sebagai pemangku Guru Besar...
Diiringi pasukan kompang ke dewan
menyaksikan tayangan....
Murid-murid turut menyaksikan tayangan
Guru Besar sedang memotong kek sempena hari lahir beliau yang jatuhnya pada 1 April
 Guru Besar sedang melambaikan tangan tanda perpisahan dari atas beca...
Gb dihantar ke rumah beliau dengan menaiki beca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...