Wednesday, March 30, 2011

Jamuan Perpisahan Merangkap Persaraan Guru Besar

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 30 mac 2011,Unit Keraian Skkk2 yang diketuai oleh Puan Pk HEM,Puan Kamariah telah berjaya mengadakan jamuan perpisahan khas untuk Tuan guru Besar sempena persaraan beliau.beliau akan menamatkan khidmatnya di Skkk2 pada 31 Mac 2011.Jamuan perpisahan yang diadakan di Restoran Chanteque pada jam 2.15 tengah hari ini berjalan dalam suasana yang meriah,walaupun disulami dengan kemurungan dan kesayuan lantaran bahangan perpisahan yang sama-sama dirasai oleh seluruh warga Skkk2.Puan norhayati mewakili guru-guru Skkk2 telah berucap dengan diakhiri dengan nyanyian "perpisahan" buat Tuan Guru Besar.Puan Noriana pula dipilih untuk mewakili staf bukan akademik telah berucap, diselangi celoteh beliau yang menceriakan suasana muram pada hari yang suram ini.YDP PIBG pula dalam ucaptamanya telah menyatakan  betapa beratnya untuk berpisah dengan Tuan Hj.CheZaudin yang dikira paling cemerlang daripada segi perkhidmatan di Skkk2 berbanding dengan guru-guru besar yang lepas.Beliau berharap semoga guru besar yang akan menggantikan tempat Tuan Hj.Che Zaudin nanti adalah dari kalangan guru besar yang setanding dengan beliau.Apa pun "Yang patah akan tumbuh,yang hilang akan berganti,namun manakan sama dengan Tuan yang telah pergi".
        Tuan Hj.Che zaudin dalam ucapannya menyatakan perasaan yang begitu gembira sepanjang beliau bertugas di Skkk2 dan kalau boleh,beliau masih belum mahu bersara,malah akan terus berganding bahu bersama warga Skkk2 bagi menjulang nama sekolah dan mendidik anak bangsa ke tahap yang cemerlang,gemilang dan terbilang....namun apakan daya,"Tiap pertemuan,ada perpisahan.Tiap yang mula akan berakhir.....Perpisahan ini,bukanlah bererti berpisah untuk selamanya......para  guru Skkk2 jika memerlukan nasihan dan tunjuk ajar daripada Tuan Guru Besar yang sangat berpengalaman dalam mentadbir sekolah ini,sangat-sangat dialu-alukan pada bila-bila masa.
         Doa kami warga Skkk2 semoga Tuan Haji Che Zaudin akan sentiasa ceria menjalni hari persaraan beliau.penuhkan masa bersara ini dengan kerja-kerja kebajikan dan jagalah kesihatan sentiasa.kami di Skkk2 tetap akan mengenangkan Tuan Haji sebagai tokoh yang cemerlang dalam perkhidmatan dan seorang ketua yang sangat perihatin terhadap guru-guru di bawah pimpinannya dan juga seorang guru besar yang cakna murid."Selamat menempuh gerbang persaraan dengan penuh keceriaan dan kami di sini sentiasa menndoakan kejayaan anda,baik di dunia maupun akhirat".......Salam perpisahan....salam persaraan.Dikau tetap di hati kami...Pemergianmu kami tangisi...Kenang kami dalam doa quddusmu......
GB dan isteri serta pentadbir sekolah bersama PIBG Skkk2 sedang menikmati juadah....
guru-guru lelaki Skkk2....di meja makan !!!
Suasana dalam dewan makan...
 Meja VIP
Ucapan perpisahan dari Guru Besar Skkk2,Tuan Hj.Che Zaudin Che Ismail
YDP PIBG SKKK2 sedang memberi ucapan
Mantan Guru Penyelaras Bestari Skkk2,En.Zuhari Mohamed  turut dijemput dan diberi cenderahati oleh GB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...