March 2011

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 31 Mac genaplah sudah 35 tahun 2 bulan perkhidmatan Tuan Hj.Che Zaudin B.Che Ismail dalam arena perguruan.hari ini beeliau telah melangkah ke arena persaraan.Satu majlis yang penuh gilang gemilang telah diadakan sempena meraikan persaraan Tuan Guru Besar Skkk2.majlis dimulakan dengan penyerahan tugas guru besar kepada pemangkunya PKP,En.Ariffin B.Yaakob.Tepat jam 8.30 pagi Tuan Guru Besar telah dibawa oleh pasukan perarakan dan kompang sekolah ke Dewan Harmoni Skkk2.Beliau bersama para guru dan murid-murid Skkk2 telah dipertontonkan sebuah slide show rentetan dan sejarah perkhidmatan beliau sejak awal pembabitan beliau dalam dunia perguruan.Dalam ucapan terakhirnya,Tuan Guru Besar telah mengucapkan selamat maju jaya selalu kepada semua murid Skkk2 dan juga guru-guru di sini.Beliau melahirkan rasa sebak dan pilunya untuk meninggalkan Skkk2 ini lantaran sudah begitu serasi dengan situasi dan iklim yang kondusif di sini.Harapan Tuan Guru Besar semoga prestasi sekolah ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun.Tuan Guru Besar telah diberikan pelbagai hadiah yang istimewa oleh guru-guru dan murid-murid.Beliau begitu terharu dengan penghargaan yang telah diberikan.
         Tuan guru besar telah diarak dari sekolah ke rumah beliau dengan menaiki beca roda tiga.Beliau diiring dengan paluan kompang.Sesampainya beliau ke rumah,semua guru dan kakitangan sekolah telah dijamu dengan juadah yang istimewa.
Punch akhir Tuan Guru Besar Skkk2 disaksikan oleh PKP,PK HEM,PK KO dan Guru Kaunseling
Gb sedang menyerahkan tugas kepada PKP sebagai pemangku Guru Besar...
Diiringi pasukan kompang ke dewan
menyaksikan tayangan....
Murid-murid turut menyaksikan tayangan
Guru Besar sedang memotong kek sempena hari lahir beliau yang jatuhnya pada 1 April
 Guru Besar sedang melambaikan tangan tanda perpisahan dari atas beca...
Gb dihantar ke rumah beliau dengan menaiki beca

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu kejayaan
Satu sambutan bagi meraikan persaraan Tuan Guru Besar Skkk2 akan diadakan pada 31 mac 2011 di Sk.Kubang Kerian 2,bermula jam 7.45 pagi.semua guru dan kakitangan serta murid-murid Skkk2 dijemput hadir bagi memeriah majlis tersebut.Harap Maklum.Terima Kasih.

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 30 mac 2011,Unit Keraian Skkk2 yang diketuai oleh Puan Pk HEM,Puan Kamariah telah berjaya mengadakan jamuan perpisahan khas untuk Tuan guru Besar sempena persaraan beliau.beliau akan menamatkan khidmatnya di Skkk2 pada 31 Mac 2011.Jamuan perpisahan yang diadakan di Restoran Chanteque pada jam 2.15 tengah hari ini berjalan dalam suasana yang meriah,walaupun disulami dengan kemurungan dan kesayuan lantaran bahangan perpisahan yang sama-sama dirasai oleh seluruh warga Skkk2.Puan norhayati mewakili guru-guru Skkk2 telah berucap dengan diakhiri dengan nyanyian "perpisahan" buat Tuan Guru Besar.Puan Noriana pula dipilih untuk mewakili staf bukan akademik telah berucap, diselangi celoteh beliau yang menceriakan suasana muram pada hari yang suram ini.YDP PIBG pula dalam ucaptamanya telah menyatakan  betapa beratnya untuk berpisah dengan Tuan Hj.CheZaudin yang dikira paling cemerlang daripada segi perkhidmatan di Skkk2 berbanding dengan guru-guru besar yang lepas.Beliau berharap semoga guru besar yang akan menggantikan tempat Tuan Hj.Che Zaudin nanti adalah dari kalangan guru besar yang setanding dengan beliau.Apa pun "Yang patah akan tumbuh,yang hilang akan berganti,namun manakan sama dengan Tuan yang telah pergi".
        Tuan Hj.Che zaudin dalam ucapannya menyatakan perasaan yang begitu gembira sepanjang beliau bertugas di Skkk2 dan kalau boleh,beliau masih belum mahu bersara,malah akan terus berganding bahu bersama warga Skkk2 bagi menjulang nama sekolah dan mendidik anak bangsa ke tahap yang cemerlang,gemilang dan terbilang....namun apakan daya,"Tiap pertemuan,ada perpisahan.Tiap yang mula akan berakhir.....Perpisahan ini,bukanlah bererti berpisah untuk selamanya......para  guru Skkk2 jika memerlukan nasihan dan tunjuk ajar daripada Tuan Guru Besar yang sangat berpengalaman dalam mentadbir sekolah ini,sangat-sangat dialu-alukan pada bila-bila masa.
         Doa kami warga Skkk2 semoga Tuan Haji Che Zaudin akan sentiasa ceria menjalni hari persaraan beliau.penuhkan masa bersara ini dengan kerja-kerja kebajikan dan jagalah kesihatan sentiasa.kami di Skkk2 tetap akan mengenangkan Tuan Haji sebagai tokoh yang cemerlang dalam perkhidmatan dan seorang ketua yang sangat perihatin terhadap guru-guru di bawah pimpinannya dan juga seorang guru besar yang cakna murid."Selamat menempuh gerbang persaraan dengan penuh keceriaan dan kami di sini sentiasa menndoakan kejayaan anda,baik di dunia maupun akhirat".......Salam perpisahan....salam persaraan.Dikau tetap di hati kami...Pemergianmu kami tangisi...Kenang kami dalam doa quddusmu......
GB dan isteri serta pentadbir sekolah bersama PIBG Skkk2 sedang menikmati juadah....
guru-guru lelaki Skkk2....di meja makan !!!
Suasana dalam dewan makan...
 Meja VIP
Ucapan perpisahan dari Guru Besar Skkk2,Tuan Hj.Che Zaudin Che Ismail
YDP PIBG SKKK2 sedang memberi ucapan
Mantan Guru Penyelaras Bestari Skkk2,En.Zuhari Mohamed  turut dijemput dan diberi cenderahati oleh GB

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang memperolihi 3a,4a dan 5a dalam UBB1 yang diadakan baru-baru ini.......Semoga anda semua akan terus berusaha dengan lebih cemerlang lagi demi mencapai 5A dalam UPSR nanti.....
Pelajar yang mendapat 5A.... 
pelajar yang mendapat 4a.....

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 20 Mac 2011- Satu taklimat mengenai pengisian data guru secara online( e-operasi ) telah diadakan di makmal Komputer Skkk2.Taklimat ini telah disempurnakan oleh Guru Data/Emis Skkk2,Tn.Hj.Aminuddin  B.Mohammad.Semua guru Skkk2 telah diberi pendedahan untuk mengemaskini data masing-masing dalam minggu  ini juga.Semoga akan mendapat kerjasama dari semua guru Skkk2.Anda bolehlah mengisi data ini di makmal komputer sekolah,mana-mana bilik ict dan juga di rumah.......Tahniah diucapkan di atas kejayaan taklimat ini....
Tn.Hj.Aminuddin sedang memberi input berguna.....
khusyuk...mendengar penerangan.....
Tuan Guru Besar dan PKP......di barisan hadapan......

kesungguhan para guru Skkk2......terlihat di wajah masing-masing......

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Selamat datang diucapkan kepada 11 orang guru pelatih yang akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan 2 orang guru pelatih yang bakal menjalani latihan mengajar (Praktikum) di Sk.Kubang Kerian 2.Jika anda menghadapi sebarang masalah atau memerlukan bantuan,jangan segan-segan,sila rujuk kepada guru-guru dan pentadbir Skkk2.kami sedia membantu adik-adik semua dan ssemoga adik-adik pelatih gembira bersama kami di sini.Jadikan Skkk2 sebagai tempat untuk anda menimba ilmu keguruan dan mencari pengalaman sebagai sorang insan yang bergelar guru.Pihak kami akan sentiasa membantu para guru pelatih yang memerlukan bantuan dalam menjalani program masing-masing.
bergambar bersama PKP.... 
PKP sedang memberi taklimat kepaga guru-guru pelatih......

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Selamat Kembali semula ke sekolah......setelah seminggu bercti....Semoga anda semua akan melangkah ke sekolah dengan semangat yang membara....Jadikan sekolah sebagai pusat untuk menimba ilmu dan di sinilah kita memulakan suatu langkah ke arah kejayaan......Selamat Belajar Semua..... 

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 07 march 2011-QIT peringat telah mengadakan kejohanan olahraga tahunan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji,Kota  Bharu,Kelantan.Skkk2 telah mendapat tempat ke tiga dalam acara keseluruhan.Syabasdan tahniah diucapkan kepada para peserta,jurulatih,setiausaha kokurikulim,setiausaha sukan.semoga dengan kemenangan yang diperolihi ini akan membakar semangat para peserta dan juga jurulatih sekolah....

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 6 March,Skkk2 telah menjadi tuan rumah bagi menjayakan suatu kursus  Kursus Pengendalian Sistem HRMIS bagi Pembantu Tadbir-perkeranian/operasi.Ianya dihadiri oleh seramai 15 orang kerani daerah PPD dari 15 buah sekolah dan 5 orang pegawai dari PPD dan JPN.Kursus ini diketuai oleh Encik Zamri B. Ismail dan En.Wan Suhardi B.Wan Md.Shukri.Kurus berjalan dengan lancar,memandangkan tiada gangguan capaian internet.Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan kursus ini dengan jayanya.....
peserta kursus sedang mengikuti kursus.....
dapat imput yang berguna......

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
 Tanggal 3 March 2011,Unit Ko Kurikulum Skkk2 telah melancarkan Kejohanan Merentas Desa yang diketuai oleh Puan Hjh Wan Fetimah Bt.Che Mahmed.Program ini berjalan dengan jayanya dan penuh gilang gemilang.Dimulai dengan acara senamrobik di sebelah paginya,kemudian dilepaskan oleh jawatankuasa pelepasan yang diketuai oleh Tuan Hj.Che Zaudin,selaku Guru Besar Skkk2.Petugas-petugas di check point telah sedia maklum dan akur dengan tugas-tugas mereka.Seawal pagi mereka telah pergi ke destinasi masing-masing bagi memastikan perjalanan kejohanan ini berlangsung dalam keadaan yang harmoni.Para petugas keselamatan juga turun menyumbangkan tenaga yang tidak kurang pentingnya.Semua unit telah memberi kerjasama yang padu dalam usaha menjayakan program ini.....Semoga kerjasama yang padu sebegini akan dapat dikekalkan di kalangan warga Skkk2 dalam setiap progranm yang dirancang oleh pihak sekolah."Maju Sukan Untuk Negara"
Senamrobik sebelum memulakan acara rentas desa....
Senam bersama.....diketuai oleh guru pelatih IPGM Kampus Kota Bharu....
berlepas.....
GB,PK Ko dan Setiausaha Kokurikulum sewaktu melepaskan para peserta....

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 2 March 2011,pasukan Bola Jaring Skkk2 telah dinobatkan sebagai juara bagi QIT Peringat sesi 2011....Sekalung tahniah daripada pihak pengurusan Skkk2 kepada para pemain,PK Ko Kurikulum,Jurulatih Pasukan Bola Jaring Skkk2 yang terdiri daripada Puan PK Ko Kurikulum sendiri,Puan Hjh Wan Fatimah Bt.Che Mohamed,Puan Zaiton Bt.Mohamad,Cik Nurul Hanani dan Cik Nurul Hidayat.Semoga Pasukan Bola Jaring Skkk2 akan kekal juara dalam pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan pada peringkat PPD atau negeri nanti....."Majulah Sukan Untuk Negara"
Aksi hebat pasukan Bola Jaring Skkk2
penat.....kuatkan semangat...yakin...kita pasti boleh!!!!
kepenatan terubat...bila dinobatkan sebagai juara....
Merakam kenangan ....saat-saat gembira.....Yes!!!! Kami juara!!!!

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 2 March 2011 satu sambutan maulidurrasul telah diadakan di Skkk2.Dimuklakan dengan perhimpunan sewal jam 8.00 di kantin sekolah dengan taklimat yang diberikan oleh Cikgu Roslan Majid mengenai  tatacara dan peraturan perbarisan maulidurrasul.Perarakan maulidurrasul yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W telah berkumandang dengan begitu syahdu dan penuh semangat oleh warga Skkk2.Perarakan ini telah diketuai oleh Tuan Guru Besar dan juga guru-guru lelaki yang sudah semestinya jumlah mereka yang lebih sedikit berbanding dengan guru-guru perempuan.
            Acara masak-memasak sudah tidak asing lagi di kalangan guru-guru perempuan.Guru-guru lelaki juga tidak kurang menghulurkan sumbangan dalam kerja-kerja masak-memasak ini.
Bagi guru-guru perempuan yang ditugaskan di dapur,terus setia dengan kerja-kerja mereka sehinggalah menghasilkan gulai kawah sebanyak empat kawah.Bagi yang ditugaskan menyediakan minuman,terus saja dengan kerja-kerja mereka.Begitu juga dengan petugas-petugas stesen jamuan murid,setia menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
         Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ceramah maulud bagi murid Tahap 2,manakala murid-murid Tahap 1 telah menyertai peraduan mewarna secara beramai-ramai di kantin.
         Setelah melalui acara-acara yang telah dirancang,tibalah pula  saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh para murid dan juga guru-guru Skkk2.Jam 12.15 tengah hari semua warga Skkk2 telah dijamu dengan juadah yang istimewa,hasil masakan dan kerjasama para guru dan kakitangan Skkk2.Guru besar telah melahirkan rasa gembira dan puas hatinya terhadap perjalanan majlis pada hari ini.Semoga majlis-majlis yang dirancang pada masa-masa akan datang akan bejalan dengan jayanya sebagaimana hari ini.Jua tidak lupa sama-sama kita mensyukuri di atas nikmat pemberian Allah yang tidak terhingga dan juga nikmat Islam yang telah diperjuangkan oleh para ambia dan musrsalin.Semoga dengan memperingati perjuangan junjungan besar kita,dapat kita hayati sejenak,betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam Islam dan dapat mengamalkan cara hidup Islam dengan senang,tanpa pertumpahan darah,kerana apa yang kita dapat hari ini,adalah hasil dari jerih payah para ambia dan syuhada..........."Sama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad" S.A.W.........
ucapan sempena maulud nabi oleh Guru Besar,Tn.Hj.Che Zaudin Ismail
Kumpulan selawat yang diketuai oleh Tuan Guru Besar.........
Selawat......murid-murid khusyuk berselawat...
bahagian dapur
goreng ayam......tukang masak handalan...Cg.Rabiah dan Cg Mek Yas...
Cikgu Norhasni dan Cg.Wan Zurina....setia di kawah gulai.....
petugas untuk minuman.....

 

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Adalah dimaklumkan kepad asemua murid-murid,guru-guru dan kakitangan Skkk2,satu majlis sambutan maulidurrasul akan diadakan ssebagaimana di bawah;
Tarikh : 2 March 2011       Tempat : Skkkk2
Masa  : Bermula jam 8.30 pagi
Pakaian Murid  : Lelaki           - Baju Melayu atau jubah
                        :Perempuan    - baju Kurung atau jubah
Pakaian Guru  : Lelaki            - Baju Melayu atau jubah
                        :Perempuan   - baju Kurung atau jubah
    Para ibubapa juga dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan majlis ini......

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
wajah-wajah ceria anak-anak Skkk2...
Tanggal 1 March 2011.unit ko Kurikulum Skkk2 telah mengadakan satu latihan  merentas desa.semua murid tap 1 dan 2 terlibat dalam acara  ini.Dimulakan dengan senamrobik seawal jam 8.00 pagi ,kemudian diteruskan dengan larian merentas desa.Acara ini diadakan  saban tahun dan pastinya mendapat sambutan yang hangat di kalangan murid-murid dan juga guru Skkk2.Semangat sukan yang   membara jelas terlihat dengan sokongan padu yang diberikan oleh guru-guru penasihat rumah masing-masing.
Senamrobik yang diketuai oleh guru pelatih IPGM kampus Kota Bharu....
Penatnye.....
pantau.....nak ikut????



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.