::Salam Perpisahan Buat Guru Penyelaras Bestari Skkk2::

Sk.Kubang kerian 2-11.1.11,suatu tarikh dan detik istimewa telah mengejutkan seluruh warga Skkk2 dengan penerimaan memo pertukaran Guru penyelaras Bestari,En.Zuhari B.Muhamed.Beliau telah berpindah ke Sk.Mulong 2.Gembira berbaur pilu,Cg.Zuhari menerima memo tersebut.Apa tidaknya,sudah lama beliau memohon pertukaran,namun baru tahun ini permohonan beliau berjaya.Pun begitu, di sebalik kegembiraan itu,terselit rasa pilu yang amat sangat.Sayu untuk meninggalkan rakan-rakan sekerja,para pentadbir ,murid-murid dan seluruh warga skkk2 yang sangat disayangi.Apa pun syabas dan tahniah kami ucapkan di atas kejayaan ini.
      Beliau telah digantikan oleh Puan Wan Ramlah Bt.Daud,dari Sk.Kubang Kerian 1.Puan Wan Ramlah telah melapor diri ke Skkk2 jua pada tarikh 11.1.11.Detik ini akan menjadi suatu kenangan buat ke dua-dua personal ini dan juga kepada dua buah sekolah.Selamat datang diucapkan kepada Puan Wan Ramlah.Semoga anda selesa di sini dan sama-sama bergabung tenaga dan usaha ke arah menggemilangkan dan memartabatkan Skkk2 di persada pendidikan......"Selamat menjalankan tugas di sekolah baru "kami ucapkan buat Cikgu Zuhari dan jangan lupa kami di sini.Satu pesan kami di sini buat Cikgu Zuhari:...."Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.......Bila burung kembali ke sarang,berceritalah tentang kehebatan lama punye sarang......khabarkan yang baik-baik..tutupkan yang aib-aib... :)".Terima kasih yang tidak terhingga pihak Skkk2 ucapkan di atas jasa dan bakti yang telah anda taburkan buat Skkk2,sepanjang anda berada di sini.Mohon maaf di atas segala kesilapan atau terkasar bahasa yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar atau alpa.
Cg.zuhari sedang menerima memorandum pertukaran daripadaTuan Guru Besar
GB sedang meneliti memo.....
Bergambar kenangan sebelum berpisah.....
Puan Wan Ramlah sedang melapor diri di Skkk2 pada tarikh:11.1.11.....selamat bertugas :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
[blogger]

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.