January 2011

sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan
Sesi fotografi telah bermula di Skkk2.mana-mana murid Tahun 6 yang masih belum menghantar gambar bersaiz pasport,telah dipanggil untuk sesi fotografi yang diadakan di makmal Komputer.ini bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja melengkapkan biodata dan pas untuk memasuki dewan peperiksaan UPSR yang bakal diadakan pada penghujung tahun nanti....Pihak Setiausaha Peperiksaan telah bekerjasama dengan Unit ICT Skkk1 dalam sesi ini.Semoga UPSR pada tahun ini akan mencapai target yang telah ditetapkan oleh pihak Kecemerlangan Akademik Skkk2."Sama-sama berusaha ke arah menggemilangkan akademik Skkk2"
okey...ready...1,2,3.....gaya profesional....pakai DSLR camera...
Senyum....pandang depan...  :)
Guru....juga tak melepaskan peluang....bergambar....senyum!!!!

sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan
Tanggal 31 januari 2011,pihak guru-guru Skkk2 telah bersama-sama mengerjakan solat hajat.Solat hajat diadakan sempena pembukaan sesi baru persekolahan bagi tahun 2011 ini.menurut tuan Guru Besar,solat hajat ini akan dilakukan secara berjemaah oleh para guru Skkk2 selag dua minggu sekali.Ianya diadakan bertujuan untuk memhon limpah kurnia dan keberkatan Ilahi dalam usaha para guru di sini menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik yang dikasihi.semoga Allah merahmati tiap ilmu yang kami para guru Skkk2 titipkan buat anak-anak didik di sini.Segala usaha dan ikhtiar dah kami lakukan....selebihnya sama-samalah kita bertawakkal ke hadrat Allah azzawajalla.....Terus maju Skkk2 di persada pendidikan....
Penyelarasan niat sebelum solat hajat dimulakan....oleh Ustaz  Halim
Doa....penuh khusyuk...mengharapkan usaha dan ikhtiar direstui Allah Azzawajalla....
Guru-guru wanita....tak terkecuali...pohon keredhaanNya

sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan
Sk.Kubang Kerian 2- 30 januari 2011 telah menerima dua orang guru pelatih dari Institut Perguruan Malaysia,kampus Kota Bharu.Selamat datang diucapkan kepada  dua orang adik pelatih ini. Semoga anda gembira dan selesa berada di sekolah kami.Jadikanlah sekolah ini sebagai tempat anda menimba pengalaman,di samping anda berlatih mengajar anak-anak didik di sini.Jika anda emmpunyai sebarang masalah atau memerlukan bantuan kami,jangan segan-segan,sila hubungi mana-mana personal yang terlibat.
Guru pelatih diperkenalkan oleh Guru Besar kepada murid-murid Skkk1
Persembahan Bahasa Inggeris...
Asyik...saksikan persembahan  dalam sesi perhimpunan....

sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan
Sk.kubang Kerian 2 - 27 januari 2011,satu program kesihatan-Kumur Florida telah diadakan di sini.program ini adalah anjuran Klinik Pergigian besar kota Bharu,di bawah rangka kempen mencegah kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak.semua murid dikehendaki berkumur dengan cecair florida yang telah disediakan oleh pihak Klinik pergigian ini.Semoga kempen-kempen seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang demi memastikan tahap kesihatan gigi kanak-kanak berada di tahap yang maksimum.
beratur.....untuk berkumur!!! 
Kumur...jangan tak kumur !!!!

sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan
Sk.kubang Kerian 2 -23 januari 2011,satu mesyuarat Unit Kokurikulum telah diadakan di makmal komputer Skkk2.dalam mesyuarat ini Unit Kokurikulum telah merancang akan mengadakan sukan tahunan besar-besaran pada 2-3 Mac 2011.semoga sukan tahunan ini akan berjalan dalam suasana yang meriah dan gilang-gemilang.
PK kokurikulum sedang mengendalikan mesyuarat  
Ajk sukan tahunan...asyik mendengar penerangan....

 Sk.Kubang Kerian 2- 26 Januari 2011,tepat jam 12 tengah hari satu rombongan yang memuatkan sebuah bas yang terdiri daripada lebih kurang 40 orang guru,telah disambut di Skkk2.Rombongan ini telah mengiring ketibaan Guru penolong kanan Pentadbiran Skkk2 yang baru.Encik Arifin Bin Yaacob telah diiringi dan dihantar oleh guru-guru sekolah Sk.Kadok yang merupakan sekolah lama beliau, sebagai simbolik kepada betapa sayangnya warga sekolah lamanya untuk melepaskan beliau ke sekolah lain.Seluruh warga Skkk2 menyambut kedatangan En.Arifin dengan hati yang gembira dan berharap agar En.Arifin akan selesa berada di Skkk2 ini.Sekian lama kami menanti ketibaan guru penolong kanan ini.Kami semua bersedia untuk sama-sama berganding bahu dengan En.Arifin demi untuk mendidik anak-anak Skkk2 dan seterusnya memimpin mereka di bawah satu pasukan ke arah mencapai pendidikan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.....
PKP baru....Encik Arifin Bin Yaacob di dalam biliknya...

Sk.Kubang Kerian 2-17 Januari 2011,Satu taklimat khas mengenai silat gayung telah diadakan di kantin Skkk2.Taklimat ringkas mengenai aktiviti persatuan Silat Gayung Tempur ini telah dibuat olehsalah seorang wakil persatuan itu,iaitu En.Faizul B.Yusoff.Encik Faizul telah mengenal pasti mereka yang berminat untuk menyertai silat gayong ini dan akan menubuhkan kelab tersebut di sekolah ini.Murid-murid yang berminat telah mengisi borang keahlian.Kelab ini akan beroperasi dalam masa terdekat ini.
Murid-murid sedang mendengar taklimat...
murid-murid perempuan....
Encik Faizol Yusoff sedang memberi penerangan mengenai silat gayong...

Sk.Kubang kerian 2-11.1.11,suatu tarikh dan detik istimewa telah mengejutkan seluruh warga Skkk2 dengan penerimaan memo pertukaran Guru penyelaras Bestari,En.Zuhari B.Muhamed.Beliau telah berpindah ke Sk.Mulong 2.Gembira berbaur pilu,Cg.Zuhari menerima memo tersebut.Apa tidaknya,sudah lama beliau memohon pertukaran,namun baru tahun ini permohonan beliau berjaya.Pun begitu, di sebalik kegembiraan itu,terselit rasa pilu yang amat sangat.Sayu untuk meninggalkan rakan-rakan sekerja,para pentadbir ,murid-murid dan seluruh warga skkk2 yang sangat disayangi.Apa pun syabas dan tahniah kami ucapkan di atas kejayaan ini.
      Beliau telah digantikan oleh Puan Wan Ramlah Bt.Daud,dari Sk.Kubang Kerian 1.Puan Wan Ramlah telah melapor diri ke Skkk2 jua pada tarikh 11.1.11.Detik ini akan menjadi suatu kenangan buat ke dua-dua personal ini dan juga kepada dua buah sekolah.Selamat datang diucapkan kepada Puan Wan Ramlah.Semoga anda selesa di sini dan sama-sama bergabung tenaga dan usaha ke arah menggemilangkan dan memartabatkan Skkk2 di persada pendidikan......"Selamat menjalankan tugas di sekolah baru "kami ucapkan buat Cikgu Zuhari dan jangan lupa kami di sini.Satu pesan kami di sini buat Cikgu Zuhari:...."Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.......Bila burung kembali ke sarang,berceritalah tentang kehebatan lama punye sarang......khabarkan yang baik-baik..tutupkan yang aib-aib... :)".Terima kasih yang tidak terhingga pihak Skkk2 ucapkan di atas jasa dan bakti yang telah anda taburkan buat Skkk2,sepanjang anda berada di sini.Mohon maaf di atas segala kesilapan atau terkasar bahasa yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar atau alpa.
Cg.zuhari sedang menerima memorandum pertukaran daripadaTuan Guru Besar
GB sedang meneliti memo.....
Bergambar kenangan sebelum berpisah.....
Puan Wan Ramlah sedang melapor diri di Skkk2 pada tarikh:11.1.11.....selamat bertugas :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Kami tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kegagalan atau sebarang kerosakan yang anda alami semasa melayari blog ini....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.