Saturday, January 30, 2010

Majlis perjumpaan Ibubapa Murid UPSR 2010


Satu perjumpaan telah diadakan pada hari hari Khamis 28 Januari minggu lepas di Dewan Sekolah SKKK2 yang lepas bagi membincangkan perancangan peningkatan UPSR 2010.

Wednesday, January 20, 2010

Majlis Sambutan PK KO yang baru

Selamat datang kepada PK KO yang baru Pn Hjh Wan Fatimah ke SK Kubang Kerian 2 dari SK Tegayong. Selamat bertugas.

Tuesday, January 19, 2010

Taklimat HEM Murid Tahap 2

Taklimat HEM kepada murid tahap 2 telah diadakan oleh PK HEM yang baru bagi memantapkan disiplin sekolah ke satu tahap yang lebih mantap supaya murid mencapai tahap kemenjadian yang lebih tinggi
Kelihatan PK HEM sedang memberi taklimat kepada murid tahap 2



Saturday, January 16, 2010

Majlis Semarak Kasih Perpisahan PK HEM

Pada hari ini satu Majlis Perpisahan PK HEM telah diadakan di tapak perhimpunan. PK HEM Puan Hjh Sabarina Binti Yaacob telah mendapat memo pertukaran ke sekolah baru di SK Kemumin. Semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlang di sekolah beliau yang baru sepertimana yang dilakukan beliau semasa berada di sekolah ini. Selamat maju jaya!!.
Sekitar majlis perpisahan tersebut.....

Wednesday, January 6, 2010

Majlis Solat Hajat




Satu majlis solat hajat guru telah diadakan di musalla sekolah pada pagi ini bagi memohon keberkatan daripada Allah SWT tentang kerja buat yang akan dilakukan sepanjang 2010.

Saturday, January 2, 2010

Sekitar suasana hari pertama tahun 1


Suasana cukup meriah disini dengan para ibubapa seawal 7.00 pagi lagi telah berada di perkarangan sekolah untuk menguruskan keperluan anak-anak. Wahai anak-anak...anda telah melangkah ke satu alam baru yang penuh keseronokan. Sesungguhnya masa depan anda bermula di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...