Tuesday, March 9, 2010

Acara larian merentas desa SK Kubang Kerian 2

Pelepasan murid bermula
Antara murid-murid yang membuat senamrobik
Cikgu Norhayati sedang mengendalikan senamrobik

Kubang Kerian,10 March 2010- Acara larian merentas desa SK Kubang Kerian 2 yang merupakan acara tetap yang ada di dalam kalendar aktiviti sekolah telah diadakan pada pagi ini. Menurut guru besar SK Kubang Kerian 2, Tn Hj Che Zaudin Che Ismail, dengan bermatlamatkan untuk meningkatkan tahap fizikal dan mental murid dalam menghadapi cabaran, pihak pengurusan sekolah telah berusaha sedaya-upaya bagi mempastikan acara ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Acara pagi ini dimulakan dengan acara senamrobik sebagai acara 'pemanas badan' yang mana telah dikendalikan oleh Cikgu Norhayati dan disertai oleh murid-murid dan juga guru-guru. Acara ini berjalan dalam suasana yang cukup hidup dan meriangkan.
Seterusnya murid-murid dilepaskan mengikut kategori masing-masing dengan mengikut laluan yang telah ditetapkan di sekitar Kampung Chicha. Acara tahunan ini akan sentiasa menjadi kenangan dan ingatan yang indah dalam setiap sanubari murid-murid dan guru-guru SK Kubang Kerian 2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...